Checklist Perniagaan Ebook

Kongsikan Sekarang

Checklist Perniagaan Ebook

Langkah demi langkah membina ebook.

 

 

 

Checklist Perniagaan Ebook

Langkah demi langkah membina ebook.

 

Kegunaan checklist perniagaan ebook.

 

Kini, perniagaan ebook telah menjadi antara salah satu kerjaya pilihan bagi rakyat Malaysia. Ada ebook yang menjadi dan menjana ribuan ringgit, ada juga yang kurang berjaya dan ada juga yang sedang-sedang sahaja pendapatannya. Semuanya bergantung kepada permintaan orang ramai dan strategi yang di gunakan oleh pemilik ebook.

 

Ada di kalangan penulis ebook terlalu gopoh untuk menjana pendapatan melalui jualan ebook. Mereka tulis dan terus sahaja melakukan promosi, ada juga yang tidak semena-mena terus membuat cabaran. Semua perkara  memerlukan flow yang betul atau langkah demi langkah untuk mencapai kesempurnaan. 

 

Seperti manusia, kita perlu belajar untuk merangkak sebelum belajar bagaimana hendak berjalan. Kemudian barulah kita boleh belajar bagaimana untuk berlari. Setiap perkara memerlukan langkah demi langkah untuk memastikan kita berada dalam landasan yang betul dan tepat.

 

Checklist perniagaan ebook di olah untuk mengajar anda bagaimana untuk memastikan perniagaan ebook yang anda usaha berada dalam landasan yang betul dan tepat. Setiap langkah akan di sertakan tips dan teknik terbaik untuk anda jayakannya.

 

Checklist Perniagaan Ebook

 

Berikut adalah checklist untuk perniagaan ebook. 

 

Senarai Checklist perniagaan ebook
Lakukan kajian untuk pasaran anda dan sesuaikan dengan idea yang anda ada.
Beli domain untuk perniagaan anda.
Beli Hosting.
Pasang autoresponder di squeeze page sementara anda membina produk yang anda telah rancang.
Bina produk anda
Order minisite atau buat sendiri minisite untuk produk anda.
Tulis surat jualan
Bina halaman terima kasih serta halaman download untuk ebook anda.
Pilih cara terbaik untuk anda menerima bayaran dan bina order page.
Muat naik segala data laman web ke dalam hosting.
Bila semuanya sudah siap, beritahu kepada list anda.
Bina sistem affiliate selepas anda selesai promosi pada list anda untuk membina pendapatan pasif.
Lakukan promosi secara berkala.
Ulang kembali langkah pertama untuk produk seterusnya.

 

Lakukan kajian untuk pasaran anda dan sesuaikan dengan idea yang anda ada.

 

Tidak perlu saya hurai dengan panjang lebar, untuk menghasilkan ebook yang mempunyai nilai harga yang tunggu, anda perlu ada pembeli. Oleh itu, pastikan ebook yang anda tulis mempunyai

 

  • Permintaan yang ramai.
  • Orang ramai sanggup mengeluarkan wang untuk mendapatkan ebook tersebut.
  • Anda mempunyai pengetahuan walaupun sedikit mengenai bidang yang anda ingin tulis.

 

Walaupun ciri ketiga adalah bersifat pilihan, saya percaya anda perlu ada sedikit pengetahuan sekurang-kurangnya supaya mudah di kemudian hari. Jika anda tiada idea untuk menulis ebook mengenai apa, anda boleh cuba untuk cari idea dari diri anda sendiri.

 

Untuk pengetahuan anda, kebanyakan manusia mempunyai keinginan yang sama. Maka, apa yang anda inginkan juga di ingini oleh sekelompok manusia yang lain. Apa yang anda perlu fikirkan adalah adakah sekelompok manusia itu sanggup untuk membayar untuk memiliki ebook yang anda tulis.

 

Untuk panduan anda, saya sertakan beberapa topik yang sentiasa ada permintaan dari orang ramai.

  1. Diet dan cara untuk kuruskan badan.
  2. Kesihatan.
  3. Hubungan dan cinta.
  4. Buat duit di internet dan perniagaan.
  5. Ibu bapa
  6. Kewangan
  7. Kecantikan.

 

Beli domain untuk perniagaan anda.

 

Perkara kedua yang anda perlu lakukan adalah membeli domain untuk ebook anda. Kadang-kadang perkara yang menghalang kita dari berjaya adalah kegagalan kita untuk melakukan tindakan pertama. Maka, pembelian nama domain untuk perniagaan anda menunjukkan anda sedang serius dalam perniagaan anda.

 

Antara perkara yang anda perlu perhatikan ketika hendak membeli domain adalah:

 

  1. Pastikan nama domain yang anda beli senang untuk di baca dan di ingat oleh sesiapa yang membacanya.
  2. Kalau boleh pastikan nama domain anda seringkas mungkin. Paling panjang pun mungkin dua perkataan.
  3. Tiada nombor atau tanda ‘-‘ dalam nama domain anda. Ini untuk memastikan, peminat ebook anda tidak tersalah taip ketika mereka ingin melawat laman web anda.
  4. Pastikan nama domain itu juga ada kaitan dengan nama produk anda.
  5. Kalau boleh, pastikan nama domain anda berakhir dengan com.

Saya syorkan anda untuk membeli domain dari sini. Kerana harganya yang murah.

 

Beli hosting.

 

Selepas membeli domain, anda beli hosting untuk menempatkan domain yang anda beli tadi. 

 

Awas!!! Pastikan anda membeli dari syarikat hosting yang benar-benar ingin berkualiti dan menjaga para pelanggannya. Sebagai langkah berjaga-jaga, mungkin anda perlu lakukan beberapa perkara sebelum anda mengambil keputusan untuk membeli hosting.

 

  1. Cuba hantar ticket support ke syarikat hosting dan perhatikan sejauh mana kepantasan mereka membalasnya.
  2. Jika ada nombor telefon, cuba hubungi mereka dan tanya mengenai syarikat hosting mereka.
  3. Tanya prestasi syarikat hosting tersebut di forum-forum.

 

Bagi saya, anda wajib untuk melakukan tindakan di atas bagi mengelakkan diri anda susah pada kemudian hari. Antara perkara yang anda perlu pertimbangkan ketika membeli hosting adalah

  1. Bandwidth-semakin tinggi bandwidth, semakin lancar laman web anda untuk loading nanti.
  2. Database- anda perlukan beberapa database untuk memasang sistem affiliate nanti.
  3. Syarat-syarat syarikat hosting- fahami syarat-syarat mereka supaya anda tidak akan di kenakan tindakan pada kemudian hari.

 

Pasang autoresponder di squeeze page sementara anda membina produk yang anda telah rancang.

 

Sekarang, anda ada idea. Anda juga ada rumah dan nama rumah iaitu hosting dan domain. Sementara menunggu produk anda untuk siap, adalah lebih molek untuk anda mengumpul list dahulu. Bina satu squeeze page dan pasang autoresponder di squeeze page tersebut.

 

Ada dua cara untuk anda kumpul list.

 

Pertama

 

Anda lakukan ia sendiri, anda promosikan laman web anda sendiri. Antara pilihan pengiklanan yang ada adalah

  1. Pengiklanan di forum-forum
  2. Pengiklanan banner.
  3. Pengiklanan teks.
  4. Pengiklanan pay per click.

 

Kedua

 

Anda suruh orang lain atau lebih tepat menganjurkan Pay per lead. Setiap affiliate yang membawa anda lead, anda akan bayar kepada mereka. Cara sebegini lebih santai kerana anda boleh tumpukan 100% kepada pembangunan produk.

 

List di kumpul supaya apabila produk anda siap sahaja, anda sudah boleh melakukan promosi dan sudah tentu pendapatan akan mencanak naik.

 

Bina produk anda

 

Ada beberapa cara untuk menulis ebook.

 

Pertama: Gunakan idea sendiri.

Lakukan kajian sendiri di internet atau sebagainya mengenai topik yang anda ingin tulis. Kembangkan idea dan dapatkan pandangan pakar-pakar dalam bidang yang anda ingin tulis.

 

Kedua: Gunakan idea orang lain.

Cari dan beli ebook atau artikel yang ada lesen PLR berkaitan dengan tajuk ebook yang anda ingin tulis. Kembang atau gabungkan idea dari produk PLR dan tulis ebook lengkap.

 

Ketiga : Upah orang lain untuk tulis.

Cari penulis bebas untuk menulis ebook tersebut bagi pihak anda. Anda cuba bagi tajuk dan biar mereka tulis bagi pihak anda. Pastikan anda mendapat hak sepenuhnya ebook tersebut. Peruntukkan 400 hingga 500 ringgit untuk penulis bebas ini. 

 

Bina minisite untuk produk anda.

 

Sekarang bina minisite untuk produk anda. Jika anda pandai, anda boleh buat sendiri, jika tidak, upah sahaja orang lain.

 

Grafik memainkan peranan penting ketika anda ingin lakukan promosi. Di internet, manusia membeli di sebabkan grafik, kemudian barulah mereka menilai kualiti produk anda. Pastikan grafik di minisite anda bersifat professioanal.

 

Tulis surat jualan.

 

Tulis surat jualan di minisite yang telah anda siapkan. Anda boleh tulis sendiri atau upah orang lain. Ia terpulang kepada kreativiti anda. Jika anda tidak mahir, jangan bazir masa, upah sahaja kepada mereka yang mahir. Dalam perniagaan, jika anda lambat, anda akan berada di belakang.

 

Bina halaman terima kasih serta halaman download untuk ebook anda.

 

Bina halaman terima kasih untuk produk anda. Apabila pelanggan anda melakukan tempahan, mereka akan di bawa ke halaman terima kasih. Halaman terima kasih harus mengandungi perkara berikut:

 

  1. Ucapan terima kasih.
  2. Cara untuk hubungi anda.

 

Selepas itu, bina halaman download untuk produk anda. Di laman download, anda harus meletakkan perkara-perkara berikut.

  1. Bagaimana hendak hubungi anda.
  2. Teknik untuk download.
  3. Berikan panduan bagaimana hendak membuka file pdf.
  4. Ucapan terima kasih.

 

Pilih cara terbaik untuk anda menerima bayaran dan bina order page.

 

Sekarang, tentukan bagaimana anda hendak menerima bayaran. Pilih sekurang-kurangnya dua bank tempatan. Jika mampu, masukkan pilihan membayar menggunakan kad kredit. Masukkan juga pilihan bayaran melalui PayPal.

 

Bina order page. Pastikan borang yang anda pasang di order page berfungsi dengan baik.

 

Muat naik segala data laman web ke dalam hosting.

 

Muat naik segala datan laman web anda iaitu minisite utama yang mengandungi surat jualan, order page, halaman terima kasih dan halaman download ke dalam hosting. 

 

Gunakan teknik FTP atau lakukan secara manual di cpanel.

 

Bila semuanya sudah siap, beritahu kepada list anda.

 

Apabila semuanya sudah sedia, ambil masa dua minggu untuk melakukan promosi di list anda. Anda boleh pilih teknik promosi yang anda jangka boleh memikat mereka. Antaranya:

 

  1. Beri diskaun istimewa untuk list anda.
  2. Beri bonus terhad pada list anda.
  3. Beri apa sahaja tawaran istimewa yang anda dapat fikirkan untuk memikat list anda untuk membeli.

 

Bina sistem affiliate selepas anda selesai promosi pada list anda untuk membina pendapatan pasif.

 

Pasang sistem affiliate di minisite anda untuk memperoleh pendapatan pasif. Jika ada modal, adakan cabaran affiliate. Sentiasa hidupkan affliater anda dengan tawaran yang menarik. 

 

Lakukan promosi secara berkala.

 

Jika anda rajin, anda boleh lakukan promosi secara berkala. Contohnya, setiap bulan peruntukkan beberapa ratus untuk mengiklankan ebook anda. 

 

Ulang kembali langkah pertama untuk produk seterusnya.

 

Sekarang, gunakan modal yang anda untuk ulang kembali proses di atas untuk ebook seterusnya. 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version