Blog Kereta

Cara Pos Kereta Dari Semenanjung Ke Sabah Sarawarak

By Jack

December 30, 2019

Cara Pos Kereta Dari Semenanjung Ke Sabah Sarawarak

Cara Pos Kereta Dari Semenanjung Ke Sabah Sarawarak

Adakan Anda Mempunyai  Masalah Untuk Menghantar Kereta dari Semenanjung Ke Sabah atau Pun Sarawak?  Jika Ya , Kami akan Saya akan Membantu  anda untuk memberi Penjelasan CaraCara Pos Kereta Dari Semenanjung Ke Sabah Sarawarak.

Berikut Merupakan Langkah Demi Langkah untuk Menghantar kereta anda.

Prosedur Hantar Kereta ke Sabah dan Semenanjung Syarat pertama sekali sebelum nak hantar kereta ke  Sabah atau Semenanjung kena pastikan kereta tu takde tunggakan bayaran bulanan kat bank.

Itu pun kalau kereta masih berhutang kat bank lah.

Kalau ada (tunggakan) anda kena bayar semua tunggakan tu kat kaunter bank masa apply surat kebenaran atau consent letter yang saya akan terangkan kejap lagi.

Dokumen Yang Diperlukan Untuk Hantar Kereta Naik Kapal Laut Surat Minta Kebenaran (link download contoh surat saya sediakan dibawah, teruskan bacaan ) ini link Download Surat Kebenaran / Consent Letter dari Bank Salinan Geran Kereta Salinan Kad Pengenalan Pemilik Kereta

Langkah-langkah Hantar Kereta Naik Kapal ke Sabah / Semenanjung Berikut adalah langkah-langkah (1-6) yang perlu anda buat. Saya ada rekemen syarikat penghantaran untuk pos atau kirim kereta anda.

Boleh berhubung dengan syarikat berkenaan untuk urusan lanjut.

 

1. Dapatkan / cari syarikat yang uruskan penghantaran. Proses ni adalah untuk memastikan kita dapat harga yang sesuai.

Dapatkanlah beberapa syarikat untuk membandingkan harga yang memuaskan hati disamping servis yang terbaik.

Saya banyak tanya kawan-kawan pasal contact syarikat penghantaran kereta ni.

Ada yang guna kontena, ada yang guna Ro Ro (Roll on Roll off).

Dan yang paling penting, harga atau kos penghantaran atau pos kereta ni mestilah yang rendah dan berpatutan.

Dan akhirnya saya pilih satu syarikat yang saya rasa puas hati dari segi harga dan servis diaorang.

2. Minta sebut harga untuk kos penghantaran kereta Bila dah dapat je syarikat yang anda berkenan, saya terus mintak sebut harga atau quotation.

Masa ni saya perlu bagi kat Syarikat tersebut detail kereta saya yang nak dihantar tu;

Nombor kereta, Jenis Kereta alamat anda. Dapat je sebut harga ni, saya perlu sediakan surat kepada bank pulak.

3. Buat Surat kepada Bank memohon untuk menghantar kereta Saya buat satu surat rasmi memohon kepada Bank untuk menghantar kereta ke Semenanjung atau Sabah.

Tapi kalau kereta dah cash atau dah habis bayar tak perlu la surat ni. Skip ke langkah seterusnya.

Nah saya sediakan contoh Surat hantar kereta, Download kat sini.

4. Hantar Dokumen kepada Bank Lepas tu, saya perlu hantar ke bank 2 perkara ni;

Surat dari pihak syarikat penghantaran kereta, senarai sebut harga (segala dokumen yang diberi oleh syarikat yang akan pos kereta) dan,

Surat memohon untuk hantar kereta macam yang dalam contoh saya berikan tadi. Lepas tu pihak bank minta saya untuk isi borang kebenaran bawa kenderaan ke seberang (Sabah atau Semenanjung). Borang yang ni bank akan sediakan.

Oh ye, sertakan sekali dengan salinan kad pengenalan ye masa nak ke Bank.

5. Dapatkan Surat Consent / Kebenaran dari Bank Sehari selepas saya hantar dokumen tadi, Bank keluarkan surat kebenaran menghantar kereta naik kapal tu.

Tapi dengar cerita ada jugak kes yang sampai 3 hari bekerja. Bergantung pada bank jugaklah.

Slow talk la dengan orang bank tu.

InsyaAllah boleh dapat cepat.

6. Hantar Dokumen Lengkap kepada syarikat uruskan penghantaran Dapat je surat kebenaran bank tadi, saya terus hantar semua dokumen yang bank bagi tu ke syarikat penghantaran kereta yang saya dipilih.

Baca juga Cara Mendapatkan Geran Kereta Hilang

Antara dokumen yang perlu dihantar ke syarikat shipping tu adalah

Surat consent dari Bank Salinan geran kereta Salinan Kad Pengenalan Pemilik kereta. Persediaan Sebelum Pos Kereta

Siap untuk dihantar ke gudang atau dihantar kepada pelanggan Sebelum saya hantar kereta kepada Shipping Agent tu, saya pastikan semua peralatan dalam kereta berada di dalam tempatnya.

Boleh letak beberapa barang dalam kereta untuk jimatkan kos hantar barang lain.

Boleh la masukkan TV, pakaian, dapur memasak, peralatan pejabat dan lain lain yang boleh disumbat ke dalam kereta.

Nasib je kereta saya kecik (Viva), ingat nak masukkan almari baju sekali.

 

Semoga Bermanfaat.