Cara Pengeluaran KWSP bagi yang Memilih Skim Pencen
Panduan Mengeluarkan Duit KWSP bagi yang memilih Skim Pencen
Saya akan Terangkan Secara Ringkas Saja.
Informasi pertama
Pencarum akan dapat 45% untuk caruman selepas bekerja dengan kerajaan. 55% kerajaan akan ambil Caruman semasa kerja dengan swasta, kita akan dapat 100%.
maksudnya, dari jumlah keseluruhan (akaun 1 dan akaun 2), kalau kita baru kerja bersama kerajaan 3 tahun, kita hanya dapat 45% sahaja dari nilai, dan selebihnya kerajaan ambil yang akan di ambil itu adalah, SEMUA SYER MAJIKAN YE. DIULANGI, SEMUA SYER MAJIKAn kio.. kalau sebelum masuk kerajaan itu anda sudah berkerja di swasta dan sudah membuat potong kwsp duit KWSP itu 100% ANDA PUNYA Faham!
Langkah 1
Dokumentasi
1. Melengkapkan borang . Borang Permohonan KWSP 9J (AHL) (borang web) (lepas masukkan semua butiran sila print) Lampiran A – Notis Akuan Pelepasan Caruman Kerajaan (yang ni mintak ketua jabatan untuk buat pengesahan) Lampiran yang diperlukan seperti berikut: 1. salinan Kad Pengenalan (TAK PERLU KALAU TERUS KE KAUNTER)
2. salinan Tawaran ke Jawatan Tetap (SURAT MEMULA DAPAT KERJA DULU)
3. salinan Pengesahan Jawatan dan
4. salinan Skim Taraf Berpencen.(Surat daripada JPA)
5. Buku Bank atau Penyata Bank. (panel yang dilantik oleh KWSP(TERKINI) (boleh semak di laman web kwsp)
kalau sudah cukup semua diatas… boleh la ke kaunter kwsp berdekatan anda.
Informasi kedua
Bagi yang musykil pasal pembahagian duit KWSP dalam akaun 1 dan akaun 2 tu sebab, dalam akaun 1 lagi banyak dari akaun 2, orang KWSP kata pembahagiannye begini:
Akaun 1: 70% daripada jumlah keseluruhan terkumpul Akaun 2 : 30 % daripada jumlah keseluruhan terkumpul p/s: ini pun kalo anda mmg 100% duit KWSP itu hasil kerja dengan kerajaan.
Informasi Ketiga
kaedah pembayaran: 1. Semua pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun anda tetapi dengan syarat: (i) Akaun bank anda masih aktif. (ii) Akaun bank anda dibuka dengan panel bank KWSP yang dilantik. (iii) Akaun bank anda jenis Simpanan/Semasa (akaun persendirian).
Informasi Keempat
Anda Mesti tertanya-tanya berapa lama proses Pengeluaran Duit KWSP kan/ bila duit keluar?
kalau ikut kwsp Mereka akan cakap dalam masa 21 hari bekerja. percayalah.. kalau anda tak pernah buat sebarang pengeluaran,PROSES PENGIRAAN MUNGKIN LAGI cepat. kalau pernah membuat pengeluaran untuk beli rumah atau untuk sambung belajar lambat sedikit sebab ambil masa nak buat kiraan yang tepat.
sekian
sumber rujukan : https://schikong.blogspot.com/2012/09/pengeluaran-kwsp-bagi-yang-memilih-skim.html
Jika Ada Sebarang Soalan Emailkan Kepada Kami.