Blog

Cara Nak Berhenti Merokok

By Jack

May 10, 2019

NAK BERHENTI MEROKOK?

XRokok.

Berhenti merokok adalah keputusan terbaik yang anda buat untuk kesihatan anda dan keluarga tersayang.

Nak tahu apa perubahan yang terjadi sebaik saja anda memadamkan puntung rokok terakhir anda?

KESAN PEMULIHAN TUBUH

1. Dalam masa 30 minit: Paras gas karbon monoksida dalam darah akan turun. Tahu tak gas ini ialah gas yang digunakan untuk membunuh diri dalam kereta? Inilah pembunuh pertama yang akan lenyap terlebih dahulu. 2. Dalam masa 6 jam: Nadi dan tekanan darah anda akan menjadi stabil. 3. Dalam masa 24 jam: Tubuh akan bersih dari nikotin dan oksigen akan sampai ke jantung dengan lebih mudah. 4. Dalam masa seminggu: Deria bau dan deria rasa akan kembali normal dan tajam. Anda akan perasan betapa harumnya tubuh tanpa asap rokok. Makanan terasa lebih lazat. 5. Dalam masa 3 bulan: Pernafasan anda akan lebih baik dan kahak berkurangan. Anda akan rasa lebih kuat dan bertenaga bila bersenam. 6. Dalam masa 6 bulan: Paras stress anda akan berkurang. Kahak akan hilang sepenuhnya. 7. Dalam masa 2-5 tahun: Risiko serangan jantung akan berkurang 8. Dalam masa 10 tahun: Risiko kanser paru-paru akan berkurang 9. Dalam masa 15 tahun: Risiko kematian akibat rokok menjadi sama seperti orang yang tak pernah merokok.

Selain dari tubuh bertambah stamina dan tenaga, tahap kesuburan anda juga akan pulih.

Adalah baik jika anda tahu kesan awal ketagihan yang bakal anda hadapi apabila mula-mula berhenti merokok.

KESAN KETAGIHAN

1. Ketagihan: Ketagihan paling teruk akan berlaku bermula hari ketiga. Ia hanya terjadi beberapa minit saja pada waktu tertentu anda merokok dan akan berkurangan dengan masa. 2. Gelisah dan kurang tumpuan. Sukar tidur. Elakkan kafein ketika ini kerana kafein membuatkan anda semakin resah dan sukar tidur. 3. Rasa nak marah dan hilang mood. 4. Pertambahan selera makan. Boleh naik berat badan. Usah risau kerana berat boleh diuruskan kemudian sebaik ketagihan berhenti.

Ketahuilah bahawa kesan-kesan ketagihan ini akan hilang sepenuhnya dalam masa 2-4 minggu. Jadi Ramadhan ini adalah waktu terbaik untuk anda buat azam baru.

Ramai isteri amat mengharapkan suami mereka berhenti merokok. Mereka tak harapkan anda menghadiahkan intan permata atau rumah kereta. Tetapi cuma inginkan suami mereka berhenti merokok.

Bayangkan betapa gembiranya pasangan anda apabila anda berjaya berhenti merokok. Cenggini 👍🏻👍🏻 bangganya.

Selama ini mereka menahan bau memeluk anda bagaikan memeluk tong bakar sampah, mengucup anda bagaikan menjilat ashtray.

Berilah peluang mereka untuk mendekati anda berbau harum wangi, rupa yang tampan tanpa gigi hitam belerang dan gagah bertenaga sepanjang masa.

. .

Hana Hadzrami