Blog

Cara Menternak Ikan Talapia di Kolam

By Jack

September 17, 2019

Cara Menternak Ikan Talapia di Kolam

 

PANDUAN MENTERNAK IKAN TILAPIA DALAM KOLAM

MENGAPAKAH IKAN TILAPIA POPULAR

  1. Mempunyai pasaran
  2. Tumbesaran yang cepat
  3. Rupabentuk luaran yang menarik untuk pasaran
  4. Tulang yang sedikit
  5. Daging yang enak dan sesuai untuk pasaran
  6. Tahan kepada perubahan persekitaran
  7. Tempoh ternakan yang singkat
  8. Teknologi untuk pengeluaran komersil yang sedia ada
  9. Boleh diproses kepada pelbagai bentuk produk

KRITERIA PEMILIHAN TAPAK KOLAM

  1. Bekalan air sesuai : sungai, mata air, taliair dan air bukit.
  2. Jenis tanah yang boleh menakung air : tanah liat.
  3. Bentuk mukabumi yang landai tetapi seboleh-bolehnya pilih tapak yang air mengalir bergerak mengikut graviti bumi untuk menjimatkan kos elektrik.
  4. Ada kemudahan infrastruktur seperti kemudahan asas (jalanraya, elektrik dll), senang mendapatkan buruh, selamat daripada bencana alam seperti banjir atau kemarau.
  5. Senang untuk memasarkan ikan.
  1. Buat perancangan sebelum membina kolam seperti rangkabentuk kolam, susunan kolam, kedudukan bangunan, parit dll.
  2. Bersihkan kawasan di mana kolam akan dibina.
  3. Korek kolam – menggunakan jentera berat atau cangkul bagi kolam yang kecil.
  4. Kedalaman kolam yang sesuai = lebih kurang 4 – 5 kaki.
  5. Komponen utama kolam yang perlu ada/ dibina :

PERSEDIAAN KOLAM SEBELUM PELEPASAN BENIH IKAN

  1. Keringkan air asal kolam untuk menggelakkan kematian ikan daripada jangkitan penyakit.
  2. Buang lumpur pada dasar kolam kerana ia akan menurunkan kualiti air. Selain itu, buang semua tumbuhan air yang tidak memberi manfaat kepada ikan.
  3. Taburkan kapur pada dasar, tebing dan batas kolam. Biarkan sekurang-kurangnya 2 minggu di bawah sinaran matahari. Kebaikan pengapuran adalah: Berikut adalah jenis-jenis dan kadar penggunaan kapur yang disyorkan :
  1. Selepas dasar kolam kering dan merekah, air dimasukkan ke dalam kolam
  1. Setelah sekurang-kurangnya 1/3 kolam dipenuhi air, baja ikan ditabur untuk menyuburkan kolam dari segi kandungan plankton (makanan semulajadi ikan). Kadar penaburan baja air mengikut jenis adalah seperti berikut :
  1. Setelah dibajai, kolam dibiarkan sekurang-kurangnya 2 minggu sehingga air kolam menjadi kehijauan.
  1. Kemudian kualiti air diuji agar menepati keperluan mengikut kesesuaian seperti berikut :

PELEPASAN BENIH IKAN TILAPIA

  1. Kadar pelepasan = 3,000 – 5,000 ekor/ ha.
  2. Biasanya benih ikan yang hendak dimasukkan ke dalam kolam disimpan di dalam beg plastik. Beg plastik ini perlu diapungkan di atas permukaan kolam sekurang-kurangnya setengah jam. Ini bertujuan supaya benih ikan tidak mengalami tekanan akibat perubahan suhu yang mendadak. Selepas itu, benih ikan dilepaskan secara perlahan-lahan ke dalam air.

PEMAKANAN

  1. Ikan Tilapia adalah daripada jenis “Omnivorous” ataupun Maserba (iaitu boleh memakan makananan berasaskan haiwan dan juga tumbuhan).
  2. Terdapat 3 punca utama iaitu :
  3. Cara pemberian makanan :
  4. Makanan haruslah diberikan ditempat yang sama setiap masa
  5. Ikan perlu diberi makan 2 kali sehari iaitu pada sebelah pagi dan petang. Kadar pemberian makanan adalah seperti berikut :

PENUAIAN

  1. Penuaian boleh dilakukan mengikut bilangan ikan yang hendak dituai iaitu samada :
  2. Umumnya tidak semua ikan yang dituai dapat dijual sekaligus. Oleh itu, penternak perlu menyediakan tempat seperti kolam khas (kecil), tangki atau bekas yang mengandungi air dan dibekalkan alat pengudaraan untuk menyimpan hasil tangkapan sebelum dipasarkan.
  3. Semasa penyimpanan ini, air batu boleh digunakan ke dalam tangki berkenaan dengan tujuan untuk menurunkan suhu dan mengurangkan aktiviti-aktiviti bakteria dan sebagainya.
  1. Bekas-Bekas / Tangki – berbagai bekas boleh digunakan seperti tong plastik, basin, bakul, kotak kayu dll. Bekas-bekas ini perlu dibekalkan pengudaraan dan suhu air dikawal.
  2. Membungkus – sesuai sekiranya destinasi pasaran yang jauh. Selalunya bahan pelali dan air batu digunakan bagi memastikan ikan berada dalam keadaan yang baik.