Blog

Cara Mendapatkan Geran Kereta Hilang

By Jack

November 07, 2019

Cara Mendapatkan Geran Kereta Hilang

 

Cara Mendapatkan Geran Kereta Hilang

Adakan Anda kehilang geran Kereta atau Motosikal Tanpa anda sedar atau sewaktu pindah rumah?

Anda tentu risau bukan oleh itu Tidak perlu risau kerana anda boleh mendapatkan Geran  (Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC)  di cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang berdekatan.

Akan tetapi anda perlu faham bahawa ”bermula’1 Jun 2016, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ)  memperkenalkan satu kaedah baru,

 Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) bagi menggantikan Kad Pendaftaran Kenderaan (RC) atau lebih dikenali sebagai geran kereta.” 

Apa yang perlu anda lakukan bagi mendapatkan Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) tersebut di JPJ adalah.

  1. Sediakan Fotostat IC
  2. Isi borang JPJK7 (Dapatkan di kaunter)@ boleh Download sini
  3. Bawa Ic Original
  4. bawa duit

Bayaran untuk Salinan Geran Kereta Rm50 

Bayaran untuk Salinan Geran Motosikal Rm20

Secara ringkasnya cara dapatkan salinan geran anda perlu sediakan salinan ic, isi borang JPJ K7

setelah itu pergi ke Pejabat JPJ sama ada di pejabat JPJ Negeri , Cawangan, ataupun UTC jangan lupa bawa ic original

setelah sampai di JPJ pergi ke kaunter nombor dan sila duduk tunggu giliran anda dipanggil,

Bila nombor anda dipanggil, berikan dokumen kepada petugas kaunter borang JPJ K7, Salinan IC, dan IC original,

petugas kaunter akan meminta untuk anda mengimbas jari untuk pengesahan kehadiran pemilik kenderaan Pastikan IC anda boleh Digunakan ya.

sekiranya IC anda Rosak, Perlu buat gantian dahulu di JPN

Anda Harus Membayar RM50 untuk Kereta Dan RM20 Untuk Motosikal, Siap anda boleh balik dan simpan elok-elok geran tu.

 

Walaubagaimanapun, sekiranya terdapat situasi dimana anda tidak dapat hadir. Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) tersebut boleh diperolehi dimana

anda perlu melantik seseorang sebagai wakil rasmi dan bersama-samanya perlu dilampirkan bukti bahawa anda menghantar wakil yang sah bagi mendapatkan Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) tersebut.

Anda juga perlu menyatakan dokumen yang berkaitan atas alasan apa anda tidak dapat menghadirkan diri seperti dalam keadaan yang tidak mengizinkan, tidak sihat, berada diluar negara, dan sebagainya.

 

baca juga : Cara Renew Lesen Memandu