Blog

Cara Daftar ID Mysikap Awam

By Jack

January 28, 2021

Cara Daftar ID Mysikap Awam

Cara Daftar ID Mysikap Awam

 

Hari ini saya ingin berkongsikan kepada anda Cara Daftar ID Mysikap Awam. bagi yang belum mengetahui kegunaan ID Mysikap Awan ini adalah untuk renew Lesen memandu dan renew Roadtax Secara dalam talian tanpa perlu pergi ke Kaunter JPJ, selain itu juga ID Mysikap Awam ini boleh membuat pelbagai urusan yang lain contohnya

Pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) Salinan Lesen Kenderaan Motor (LKM) Permohonan Henti Operasi (Lay Up) Sementara Cabutan Pek Maklumat Kenderaan Permohonan Pertukaran Hak Milik (Pemilik Berdaftar) Permohonan Pertukaran Hak Milik (Pemilik Baharu) Resit Henti Operasi (Lay Up) Sementara Pelulus

Pengeluaran Salinan Lesen Memandu Cabutan dan Pengesahan Lesen Memandu Permohonan Lesen Memandu Permohonan untuk mendapatkan lesen memandu. Tarikh Ujian Memandu Semakan Tarikh Ujian / Institut Memandu Permit Memandu Antarabangsa (IDP) Permohonan untuk mendapatkan permit memandu antarabangsa baharu. Pembaharuan Lesen Memandu Semak Keputusan Ujian Memandu Keputusan Ujian Memandu Bahagian 1/Vokasional/Praktikal

Rayuan dan Semakan Lesen Memandu Pertukaran Lesen Memandu Luar Negara (Bukan Automatik) Semakan Pertukaran Lesen Memandu Luar Negara (Bukan Automatik) sahaja.

 

 

Baiklah saya akan Memulakan ajar bagaimana untuk mendaftar Id Mysikap Awam ini.

 

PERTAMA

Sila layari link ini https://public.jpj.gov.my/public/login.zul

tekan log masuk kali pertama.

 

KEDUA

 

Sila masukan semua yang mandatori.

Pada no rujukan (masukkan Sekiranya ada)

kemudian Klik teruskan.

 

KETIGA

Sila Buat Pengesahan Butiran Peribadi pastikan semua betul

Sila Tick Pada Kotak Hijau Tersebut >> Tekan Hantar.

 

KEEMPAT

Pendaftaran Anda Berjaya!

Sila Semak Email untuk Mendapatkan Kata Laluan Sementara.

 

KELIMA

Dapatkan Kata Laluan Sementara.

Paparan Email Seperti Ini.

Sila Salin Kata Laluan Sementara untuk Log Masuk https://public.jpj.gov.my/public/login.zul

 

KEENAM

Sila Login Masuk dengan menggunakan Kata Laluan Sementara tadi.

 

KETUJUH

Setelah Log Masuk anda di kehendaki untuk menukar Kata Laluan yang Baharu.

Sila Jawab pada tempat yang Wajib.

Setelah itu Tekan Simpan.

 

 

Setelah anda telah tekan simpan proses tukar kata laluan selesai. Setela itu anda boleh log masuk pada https://public.jpj.gov.my/public/login.zul 

sila masukkan kata laluan baharu ya. Anda boleh renew lesen memandu anda secara dalam talian.

 

Terima Kasih Sebab Anda Telah berjaya menghabiskan perkongsian saya pada hari ini.

Jika Penulisan ini Bermanfaat Sila Share kepada rakan-rakan anda ya!.