Blog

Cara Buat Tomyam Putih ala Thai

By Jack

May 04, 2020

Cara Buat Tomyam Putih ala Thai

Cara Buat Tomyam Putih ala Thai

 

Resepi Tom Yam Putih Ala Thai ❤️❤️

Bahan-bahan: 1/4 ekor ayam..(dipotong kecil) 3 ekor sotong..(dipotong bulat) 6 ekor udang besar… 3 batang serai..(dititik) 2 ulas bawang putih (ketuk) ½ bawang besar (potong) 6 helai daun limau purut…(dikoyakkan sedikit) 1cm lengkuas…(dihiris) 3 bawang kuning/ bawang kuning…(dibelah 4) 5 biji cili api..(dititik sedikit) 1 biji tomato (belah 4) Carrot sedikit Cendawan tiram sedikit Bunga kobis sedikit beberapa sudu perahan jus dari 4 biji limau nipis(mengikut selera masing2) Garam,gula,serbuk perasa.

Cara membuat:

– Masukkan air 8 cawan, ayam, bawang putih, bawang besar, bawang holland, serai, lengkuas dan cili api ke dalam periuk. – Rebus semuanya hingga mendidih. – Setelah agak2 ayam masak..(lebih kurang 5-7minit) – Masukkan sotong, udang dan daun limau purut… – Selepas itu masukkan semua sayuran. – Setelah mendidih…masukkan garam dan serbuk perasa… – Tutup api & masukkan perahan limau…sedia dihidangkan…

Selamat mencuba

BACA JUGA : Cara Buat Nasi Lemak