Blog

Cara Buat Passport Malaysia Di Pejabat Imigresen, UTC

By Jack

June 19, 2019

Cara Buat Passport Malaysia Di Pejabat Imigresen, UTC

Berapa harga passport Malaysia 2019?

Kalau hilang passport apa perlu buat? Kena bayar denda hingga RM1,200?

Berikut dikongsikan prosedur permohonan passport Malaysia antarabangsa buat kali pertama.

Permohonan passport boleh dibuat di semua pejabat Imigresen dan di pejabat perwakilan Malaysia di luar negara.

HARGA PASSPORT MALAYSIA 2019

Terdapat 6 kategori harga passport Malaysia, iaitu:

Harga Passport Malaysia 2019

  1. Pemohon biasa (berumur 13 hingga 59 tahun) – RM200
  2. Warga emas (60 tahun ke atas) – RM100
  3. Kanak-kanak (12 tahun ke bawah) – RM100
  4. Pelajar mengikut program ijazah di luar negara (21 tahun ke bawah) – RM100
  5. Jemaah Haji – RM100
  6. Orang Kelainan Upaya (OKU) – Percuma

Bagi pelajar yang berumur 21 tahun dan ke bawah yang menerima tawaran pengajian di IPT luar negara perlu mengemukakan dokumen sokongan seperti:

Bagi Orang Kelainan Upaya (OKU), anda perlu mengemukakan kad pendaftaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai bukti.

Bayaran boleh dibuat melalui tunai, kad kredit, wang pos atau bank draf yang dipalang atas nama Ketua Pengarah Imigresen Malaysia/Pengarah Imigresen Negeri.

Untuk perwakilan pelajar di luar negara, pembayaran boleh dibuat atas nama Suruhanjaya Tinggi Malaysia / Penolong Suruhanjaya Tinggi Malaysia / Kedutaan Besar Malaysia / Konsulat Jeneral Malaysia.

PERMOHONAN PASSPORT MALAYSIA

Cara memohon passport Malaysia tidaklah rumit. Anda hanya perlu ikut beberapa langkah mudah di bawah:

  1. Pemohon perlu hadir sendiri di pejabat Imigresen atau pejabat perwakilan Malaysia di luar negara
  2. Permohonan di kaunter pejabat Imigresen Malaysia atau Pejabat Atase di Singapura, New York, London, Hong Kong, Melbourne dan Jakarta tidak perlu membawa gambar kecuali permohonan yang dikemukakan melalui pejabat perwakilan Malaysia di luar negara
  3. Kanak-kanak di bawah umur 4 tahun digalakkan membawa bersama gambar mengikut spesifikasi yang ditetapkan

SPESIFIKASI GAMBAR PASSPORT MALAYSIA

Berikut merupakan spesifikasi gambar passport Malaysia seperti yang dikongsikan oleh Jabatan Imigresen.

Spesifikasi untuk gambar kanak-kanak di bawah 4 tahun:

  1. Kepingan gambar bersaiz 35mm x 50mm berlatar belakang PUTIH tanpa bayang.
  2. Saiz wajah pembawa passport berukuran minima 25-30mm (50% – 60% ukuran ruang gambar mengikut ICAO).

Namun perlu diingatkan, mana-mana individu yang telah disenarai hitam akibat hutang PTPTN akan dihalang ke luar negara.

DENDA PASSPORT HILANG

Bagaimana pula jika passport hilang? Apa yang perlu anda buat?

Seandainya passport anda hilang, maka anda wajib membayar denda dari RM300 hingga maksimum RM1,200.

Perintah denda ini baru sahaja berkuatkuasa Rabu lepas.

Bagi kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah dan pelajar berusia 21 tahun yang belajar di luar negara pula, denda sebanyak RM300 akan dikenakan.

Bagi penggantian pasport kali kedua, denda sebanyak RM700 akan dikenakan manakala bagi kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah dan pelajar berusia 21 tahun yang belajar di luar negara, denda sebanyak RM600 akan dikenakan.

Jika pemilik kehilangan pasport buat kali ketiga, denda sebanyak RM1,200 akan dikenakan manakala RM1,100 bagi kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah dan pelajar berusia 21 tahun yang belajar di luar negara.