Blog

Cara Buat Nasi Lemak Sedap dengan Mudah

By Jack

May 04, 2020

Cara Buat Nasi Lemak Sedap dengan Mudah

Cara Buat Nasi Lemak Sedap

 

NASI LEMAK MUDAH DAN RINGKAS

3 cawan beras ~ cuci bersih dan toskan airnya 3 cawan air * jika masak tak ramai boleh lah kurangkan sukatan beras. Sukatan air dan sukatan beras adalah sama jika gunakan beras biasa. Tapi bergantung pada beras jugak. Jadi harus kenal dengan beras yang di gunakan. 3 sudu besar santan KARA ( santan ni campur dengan air * kalau guna 2 cawan beras santan letak 2 sudu )

1 sudu teh halba 1 sudu teh garam halus 3 ulas bawang merah ~ di hiris 1 batang serai ~ di ketuk perdunya 2 inc halia ~ di titik atau di hiris

Dalam periuk nasi, panaskan  minyak Kemudian tumiskan bawang hiris, halia, daun pandan, dan serai hingga layur. Bila dah layur dan naik bau, baru masukkan halba. Halba jangan  tumis awal sebab ia cepat hangus, bila hangus nanti rasa pahit Kemudian masukkan santan dan biarkan ia didih Bila dah didih, masukkan garam secukup rasa Akhir sekali masukkan beras Jika airnya kurang boleh tambah air, mengikut sukatan air untuk memasak nasi anda Tutup periuk dan biarkan nasi tanak seperti biasa

SAMBAL TUMIS IKAN BILIS

1 cawan ikan bilis ~ di siang dan di goreng

Bahan kisar 1 cawan cili kering ~ potong , rendam hingga lembut dan di kisar 10 ~ 15 biji bawang merah ~ dikisar ( bawang letak lebih-lebih nanti kuah sambal manis ) 5 ulas bawang putih ~ dikisar belacan sebesar 50 sen. Di kisar bersama cili ( kalau tak nak sambal bau belacan yang kuat bakar dulu belacan tu)

1 sudu besar asam jawa campur air dan jadikan jus, ambil jusnya sahaja 1 sudu teh garam 6 ~ 7 sudu besar gula ( gula ni letak sikit dahulu, rasa manisnya. Biasa ita letak 6 sudu ) 1/2 sudu teh aji no moto jika suka

Panaskan minyak. Bila buat sambal minyak kena banyak supaya bahan tumis kita dapat di tumis garing. Lagi sau sambal kita tahan lama. Bila minyak dah panas gorengkan ikan bilis hingga garing Angkat dan toskan Panaskan minyak semula Bila minyak dah panas, masukkan cili kering, belacan, bawang merah dan bawang putih yang telah di kisar. Tumis hingga garing dan pecah minyak Tumis ni lama-lama ya sebab bagi dia betul-betul garing dan hilang semua bau maung lada. Bila dah garing masukkan air asam jawa Lepas tu perasakan dengan garam Kemudian masukkan gula. Gula ni kita letak banyak sebab sambal kalau manis-manis pedas sedap! Bila dah letak gula warnanya akan bertukar kemerah-merahan berkilat. Biar dia merenih kejap Kemudian tutup api dan biarkan sejuk Bila sambal dah sejuk baru masukkan ikan bilis, supaya bila makan ikan bilih masih rangup! SAYUR KACANG GORENG

1 ikat sayur kacang panjang ~ potong serong 1 batang lobak merah ~ potong mancis 1 batang cili merah ~ hiris nipis

bahan hiris

5 ulas bawang merah ~ di hiris 3 ulas bawang putih ~ hiris halus 1 inc halia ~ hiris halus

Panaskan minyak dalam kuali Bila minyak dah panas, masukkan bahan hiris dan masak hingga layur Masukkan sayur yang telah di hiris Masak hingga sayur layur tapi masih rangup ( jangan lama sangat masak sampai lecur ) Perasakan dengan garam dan secukup rasa Angkat dan hidangkan bersama nasi lemak

 

Sumber rujukan blog ini