Cara buat duit dengan Facebook Ads

Kongsikan Sekarang

Cara buat duit dengan Facebook Ads

 

 

Cara buat duit dengan Facebook Ads

 

Cara menggunakan Facebook Ads untuk pemilik perniagaan

 

          Bagi anda yang memiliki perniagaan, Facebook Ads adalah tempat yang paling sesuai untuk meluaskan pengaruh perniagaan anda. Ini kerana facebook mempunyai pengguna yang sangat ramai dan dalam masa yang sama ada kemudahan tapak untuk promosikan perniagaan anda.

 

          Tapak yang saya maksudkan adalah Facebook Fanpage. Melalui Facebook Fanpage, anda boleh setkan tapak perniagaan anda di Facebook. Kelebihan utama fanpage adalah anda boleh gunakan ia untuk menjual produk anda, untuk promosikan perniagaan anda dan melalui fanpage juga anda boleh berkomunikasi dengan pelanggan anda. Anda boleh create Facebook Fanpage melalui link di bawah:-

 

http://www.facebook.com/pages/create.php

 

             Anda pilih pilihan Perniagaan Tempatan atau Tempat dan ikut sahaja arahan yang di beri untuk membina kedai perniagaan anda di facebook. 

 

           Apabila siap facebook Fanpage anda, anda gunakan facebook ads untuk mencari liker pagi fanpage anda.  Anda create pengiklanan anda melalui link di bawah:-

 

http://www.facebook.com/advertising/

 

Tip untuk tarik ramai pengguna facebook untuk like fanpage anda menggunakan Facebook Ads.

 

       Berikut adalah beberapa tips yang anda boleh cuba untuk menarik seramai mungkin pengguna facebook like fanpage anda.

 

  • Tulis tajuk iklan yang ringkas, padat dan jelas.

 

  • Tulis deskripsi yang menarik di bahagian badan. Pastikan ayat yang anda tulis boleh menarik ramai orang untuk klik link anda dan seterusnya like fanpage anda.

 

  • Gunakan gambar yang menarik dan jelas.

 

  • Target liker anda dengan membuat pilihan bagi umur, jantina, minat mereka dan sebagainya. Cara untuk buat pilihan adalah anda kenal pasti ciri – ciri pengguna facebook yang anda duit atau berminat untuk membeli produk anda.

 

  • Anda boleh pilih pay per click atau pay per view. Anda boleh gunakan kaedah cuba jaya dan pilih jenis pengiklanan yang menguntungkan pihak anda. Biasanya jenis pengiklanan pay per click akan dipaparkan lebih kurang di facebook dari pengiklanan pay per view.

 

  • Lakukan beberapa kempen dengan tajuk yang berlainan, badan yang berlainan dan gambar yang berlainan. Kadangkala pengguna facebook tidak tertarik pada ayat kempen pertama dan akan tertarik pada pengiklanan kempen yang lain.

 

7 cara buat duit dengan Facebook Ads

 

  • Anda bina fanpage berasaskan perniagaan. Kemudian anda gunakan facebook ads untuk cari bilangan like sebanyak mungkin. Di fanpage, anda promosikan produk perniagaan anda. Wang yang anda dapat, anda gunakan sebahagiaannya untuk meningkatkan bilangan like. Apabila sudah sampai peringkat keuntungan yang anda mahu, anda berhenti. Saya nasihatkan anda untuk memiliki satu fanpage bagi setiap niche perniagaan anda.

 

  • Anda bina squeeze page dan promosi squeeze page anda menggunakan facebook ads. Promosi produk perniagaan anda melalui pemasaran emel. Cari seramai mungkin subscriber menerusi facebook ads.

 

  • Anda join affiliate dan promosi produk affiliate menerusi facebook ads. Anda pilih produk affiliate yang ada potensi yang besar untuk terjual dan promosikannya secara serius menggunakan facebook ads. Wang keuntungan yang anda dapat, anda laburkan ia untuk perkembangkan perniagaan affiliate anda.

 

  • Anda beli produk yang ada lesen RR , MRR atau PLR dan jual ia melalui facebook ads. Sebelum itu, pastikan produk tersebut bermutu dan ada permintaan.

 

  • Anda jual produk secara dropship. Anda cari produk – produk yang anda permintaan, cari pembekal produk yang menawarkan perkhidmatan dropsip dan jual produk tersebut melalui facebook ads. 

 

  • Anda buka perkhidmatan mencari like menggunakan facebook ads. Anda belajar cara terbaik menggunakan facebook ads. Kemudian, anda buka perkhidmatan mencari like pada pemilik fanpage. Bukan semua orang ada masa untuk belajar menggunakan facebook ads. Jadi, mereka lebih suka mengupah orang yang pakar untuk lakukan kerja bagi pihak mereka.

 

  • Anda lihat apa yang sedang popular di facebook dan buat duit berdasarkannya. Contohnya anda lihat trend orang yang suka komen ‘ first’. Dari sini anda boleh buat duit dengan baju tertulis ‘ I used to comment first at facebook’. Promosikan produk anda menggunakan facebook ads.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version