Cara Bagaimana Memulakan Projek Penternakan Ikan Tilapia

Kongsikan Sekarang

Cara Bagaimana Memulakan Projek Penternakan Ikan Tilapia

 

Ikan Talapia
Ingin Menternak Ikan Tilapia?
Ketahui Cara Bagaimana Memulakan Projek Penternakan Ikan Tilapia Di Dalam Kolam Tanah Dengan Betul Dan Teratur.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Nama saya Muhammad Zhafran, pada awal tahun 2009, saya dan bapa saya telah memulakan projek penternakan ikan tilapia di atas tanah sendiri di Negeri Sembilan dengan bermodalkan RM20,000 . Wang modal tersebut diperolehi daripada wang simpanan kami sendiri.

Kami telah membina sebuah kolam ikan di atas tanah seluas 70×200 kaki persegi dan telah memuatkan 15,000 ekor anak ikan. Banyak juga cabaran serta pengalaman-pengalaman yang kami perolehi di sepanjang mengusahakan penternakan ikan tilapia ini.

Saya akui, saya bukanlah pakar di dalam bidang pernternakan ikan tilapia ini, cuma, saya sudah ada sedikit pengalaman di dalam memulakan penternakan ikan tilapia.

Jadi, untuk memudahkan mereka yang ingin mula menceburi bidang ini, saya telah mengambil inisiatif dengan membukukan semua ilmu dan pengalaman saya di dalam memulakan projek penternakan ikan tilapia ini. Maka, terhasilah sebuah e-book berjudul “PANDUAN MENTERNAK IKAN TILAPIA DI DALAM KOLAM TANAH”.

Diharapkan, melalui e-book ini , ianya serba sedikit dapat membantu mereka yang berminat dan ingin mencuba nasib di dalam bidang penternakan ini. Segala pengalaman dan ilmu-ilmu penternakan ikan tilapia , telahpun saya susun mengikut bab di dalam ebook ini. Daripada bab pembinaan kolam, bab perolehan benih ikan hinggalah ke bab pemasaran. Semuanya telah saya kumpulkan dan susun di dalam ebook ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version