Blog Sejarah STPM

Bentuk Pemerintahan STPM Semester 2

By Jack

September 13, 2019

Bentuk Pemerintahan STPM Semester 2

 

1.6 Bentuk Pemerintahan

1.6 Bentuk Pemerintahan

  1. Khalifah merupakan pemerintah tertinggi dalam kerajaan Islam, namun kekuasaannya tidak bersifat mutlak tetapi sebaliknya sesuatu dasar yang diputuskan melalui kaedah syura, iaitu keputusan yang dibuat berdasarkan suara majoriti. Semasa zaman pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab, Majlis Syura ditubuhkan secara rasmi dan berfungsi secara formal dan setiap ahli-ahli atau anggota syura dilantik daripada kalangan para sahabat yang berpengalaman dan berperanan sebagai badan penasihat khalifah.
  2. Selain berperanan sebagai ketua eksekutif dan perundangan, malah khalifah juga merupakan panglima tertinggi dalam pentadbiran. Pada peringkat pusat, ibu pejabat baitulmal telah didirikan bagi mengendalikan pentadbiran berkaitan dengan segala sumber pendapatan dan perbelanjaan negara.Selain itu, loparan kewangan daripada tanah jajahan akan dihantar melalui gabenor setiap wilayah kepada khalifah setiap tahun.
  3. Selain daripada itu, Pemerintahan dan pentadbiran pusat bertanggungjawab mengendalikan segala bentuk Hal-ewal politik,ekonomi dan sosial kerajaan-kerajaan kecil (kerajaan wilayah) yang bernaung dibawahnya. Antara, zaman pemerintahan dan kerajaan pusat ialah Zaman Pemerintahan Khulafa’ al-Rasyidin berpusat di madinah, Bani Umayyah berpusat di Damsyik, Bani Abbasiyah berpusat di Baghdad, dan akhir sekali zaman pemerintahan Bani Uthmaniyah yang berpusat di Turki.
  4. kerajaan pusat merancang dan melaksanakan segala bentuk pemerintahan dan pentadbiran untuk kemajuan kerajaan wilayah. Pemerintah tertinggi kerajaan pusat ialah khalifah yang dipilih secara bergilir-gilir mengikut polisi dan kaedah tertentu atau secara musyawarah.  Struktur pemerintahan dan pentadbiran khalifah-khalifah mengikut apa yang telah dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w serta berdasarkan al-Quran(wahyu) dan mengikut sunnah(hadis). Kerajaan pusat bertanggungjawab dalam semua aspek pemerintahan kepada kerajaan wilayah seperti membekalkan perbelanjaan yang tidak mencukupi, menjaga keamanan, membawa kemajuan dan kesejahteran dan sebagainya. Malah, kerajaan pusat pula berhak meminta bantuan kewangan dan ketenteraan daripada kerajaan wilayah.
  1. Pemerintahan dan pentadbiran wilayah wujudnya ekoran daripada kejayaan-kejayaan yang dicapai dalam ekspedisi ketenteraan. Pada zaman pemerintahan khalifah Abu Bakar al-Siddiq, negara Islam telah dibahagikan kepada 10 buah daerah, iaitu Makkah, Ta’if, Yaman, Hadhramaut, Khawlan, al-Jund, Najran, Zabid, Bahrain dan Jarsh. Bagi pentadbiran pada peringkat wilayah seterusnya diperkemas pada zaman pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab berikutan kejayaan kempen peluasan kuasa. Selain itu, Negara Islam dibahagikan kepada lapan buah wilayah utama, iaitu Madinah, Makkah, Syam, Mesopotamia, Iran, Iraq, Mesir dan Palestin.Setiap wilayah berkenaan mempunyai ibu negeri atau mempunyai pusat pentadbiran masing-masing.
  2. Untuk memastikan urusan pentadbiran berjalan dengan lancar, Khalifah Umar bin al-Khattab telah membentuk sistem birokasi yang sistematik. Setiap wilayah akan diketuai oleh Gabenor yang akan dibantu oleh pegawai-pegawai lain seperti setiausaha dan pengawai tertentu di beberapa buah jabatan seperti setiausaha Tentera, Pegawai Cukai(Sahib al-Kharaj), Pegawai Polis(Sahib al-Syurtah), Pegawai Perbendaharaan Neraga(Sahib Bait al-Mal) dan seorang kadi.
  3. Antara yang menjadi kerajaan wilayah dan zaman semasa pemerintahan ialah Khulafa’ al-Rasyidin berwilayah di Makkah, Baghdad dan Damsyik. Pada zaman pemerintahan Bani Umaiyah berwilayah di Makkah, Madinah  dan Baghbad. Manakala pada zaman pemerintahan Bani Abbasiyah berwilayah di Makkah, Madinah dan Damsyik. Individu yang dilantik memegang jawatan berkenaan wajib melaporkan harta sebelum dan setelah selesai menjalankan tanggungjawab serta diperjelaskan mengikut bidang kuasa mereka agar tidak timbul kekeliruan kelak. Malah, di setiap wilayah akan didirikan cawangan baitulamal bagi memudahkan urusan pendapatan dan perbelanjaan negara.
  4. Dalam pentadbiran, kerajaan wilayah mempunyai kuasa autonomi yang terhad. Namun, Pemerintah tertinggi di kerajaan wilayah ialah gabenor yang dilantik oleh pemerintah tertinggi kerajaan pusat, iaitu Khalifah.Gabenor kerajaan wilayah dibantu oleh pembesar seperti kadi dan wazir yang dilantik oleh Khalifah.  Pemerintah kerajaan wilayah sering bertukar mengikut pertukaran khalifah dalam kerajaan pusat dan struktur bagi pemerintahan kerajaan wilayah mencontohi struktur pemerintahan pusat dan tidak boleh bertindak sendiri tanpa kebenaran kerajaan pusat.
  5. Selain daripada itu, Pemerintah kerajaan wilayah bertanggungjawab untuk membantu kerajaan pusat dalam semua perkara seperti pungutan cukai, bantuan ketenteraan untuk menentang musuh, menjaga keselamatan dan sebagainya.Tetapi karajaan wilayah harus mematuhi segala arahan daripada kerajaan pusat. Dalam pada itu, Kemajuan dan pembangunan kerajaan wilayah tertakluk kepada peranan pemerintah kerajaan pusat.Tindakan akan dikenakan ke atas kerajaan wilayah yang tidak mematuhi arahan kerajaan pusat, sebagai contoh, memecat gabenor dan pegawai kerajaan.
  1. Struktur Pemerintahan dan Pentadbiran Pusat
  1. Struktur Pemerintahan dan Pentadbiran Wilayah

Isi-isi Penting:

  1. Pemerintahan kerajaan al-Muwahhidun
  1. Perjanjian damai
  1. Murcia sebagai pusat pemerintahannya
  1. Melaksanakan syariah islam
  1. Saingan daripada al-Ahmar
  1. Berjaya menyingkirkan al-Bajji
  1. Mengamalkan pentadbiran yang zalim
  1. Pemerintahan  kerajaan Moghul  mengamalkan dasar pemusatan kuasa. Akhbar pemerintah pertama yg merintis jalan mengasingkan urusan politik dan pemerintahan dengan agama. Beliau juga menghapuskan perbezaan-perbezaan berasaskan agama dan bangsa. Melalui polisi ini Akbar dapat mengekalkan kestabilan empayarnya.  Akbar telah membentuk sistem ‘Mansabdar’(pegawai yg t’diri drpd golongan bangsawan) merupakan pegawai yang ditugaskan memerintah dan melengkapkan satu pasukan tentera diraja serta bertanggungjawab melaksanakan tugasan berhubung pentadbiran awam. ‘Mansabdar’ ini dibahagi kepada 33 peringkat yang setiap satunya memerintah satu batalion tentera berkuda. Tentera berjumlah antara 10 hingga 10 000 orang dan mereka mendapat gaji secara tunai atau ‘jagir’.
  1. Selain itu, Akbar telah membentuk kabinet. Beliau juga melantik Perdana Menteri yang dipanggil wakil serta menteri-menteri yang digelar ‘wazir’. Menteri paling kanan selepas Perdana Menteri ialah Menteri Kewangan. ‘Khan Qanan’ iaitu jawatan Ketua Turus Tentera bertanggungjawab ke atas semua ‘mansabdar’. Jawatan ini dikhaskan kepada keluarga diraja sahaja.
  1. Pada zaman pemerintahannya india dibhagikn kpd 18 buah wilayah@ subas  dan d’tmpatkan seorang gabenor (subadar) yg merangkap ketua tentera. Jabatan lain yang turut ditubuhkan ialah ‘Diwan’ yang menguruskan hal kewangan, ‘Mir Bakhsi’ yang mengurus gaji tentera dan akaun dan  ‘Sadr-us-Sudur’ yang bertanggungjawab dalam aspek agama dan kebajikan. ‘Muhtasib’ pula menjaga moral awam manakala ‘Qadi al-Qudah’ mengurus hal kehakiman dan perundangan.  Pada peringkat bandar, ‘Kotwal’ akan menjaga keamanan, meronda, mengesan pencuri dan orang asing serta menjadi pengintip dan menghalang penyembelihan lembu, kerbau dan unta. Kadi dan mufti pula dilantik untuk menjalankan pengadilan bagi orang Islam dan Hindu dengan diawasi seorang Hakim Besar.
  1. Manakala  pemerintahan Aurangzeb yg memerintah selama 50 thun dri tahun 1658-1707 sebagai maharaja berjaya menghadapi segala permasalahan yg berlaku di empayarnya dgan berkesan krana beliau berpgang kuat pada agama. Beliau bercita-cita menjadikan seluruh india mnjadi sebuah negara yg mengamalkan mazhab AHLI SUNNAH WAL JAMAAH . Mereka menyakat pengaruh HINDU dan melarang org islam masuk  ke sekolah hindu.  Semasa pemerintahan Aurangzeb, peranan golongan ulama amat penting dalam pentadbiran pusat sekaligus menyingkirkan golongan bukan Islam di sisi pemerintah. Al Quran dan hadis dijadikan asas perundangan negara. Aurangzeb juga menghidupkan semula amalan syura dalam pemerintahan.dri pemerintahan Aurangzeb ini membawa sedikit perubahan apabila ulama memainkan peranan mereka dalam menasihati pemerintah dalam urusan pentadbiran dan pemerintahan.
  1. Namun begitu, Golongan hindu terkilan dgn polisi Aurangzeb dan ingin menumpaskan kerajaan mughal mnakala golongan syiah pula memberontak kerana Aurangzeb menganggap syiah adalah golongan sesat yg hampir sama dgan hindu.

Pendahuluan

OrganisasiPentadbiran

      Peringkat Pusat:

  1. a)Wakil (perdana menteri)
  2. b)Wazir (menteri) – Menteri kewangan ialah menteri paling kanan selepas perdana menteri
  3. c)Ketua Turus Angkatan Tentera – dipanggil sebagai ‘Khan Qanan’. Ia bertanggunjawab terhadap semua Mansabdar dan dikhaskan untul keluarga diraja sahaja
  4. d)Kadi besar – bertanggungjawab terhadap kehakiman
  5. e)Muhtasib – menjaga moral awam
  6. f)Diwan – mengurus hal-hal kewangan
  7. g)Mir Bakshi – menjaga soal akaun dan gaji tentera
  8. h)Sard-us-Sudur – bertanggungjawab tentang hal agama dan kebajikan
  9. i)Kotwal – menjaga keamanan, mengadakan rondaan, menjadi pengintip dan mengesan pencuri

      Peringkat Wilayah:

 

Kerdit Nota Blog Sejarah