Apa Itu Rasuah?
Dalam Kamus Webster perkataan ‘corruption’ membawa maksud sebarang tindakan dan perbuatan yang menjejaskan integriti, kemuliaan ahlak, atau prinsip moral; keadaan yang rosak atau keji; hilang kesucian atau integriti; menghalang; kejahatan; tidak suci; rasuah ;
“Kurang integriti atau kejujuran (terutama terdedah kepada rasuah); menggunakan kedudukkan yang diamanahkan untuk keuntungan tidak jujur.”
Walau bagaimanapun perkataan ini digunakan, ianya membawa gambaran yang negatif. Dalam Bahasa Melayu, perkataan ‘rasuah’ datangnya daripada perkataan Arab ‘al-risywah’ dan ianya disebut dalam Al-Quran sebagai satu perbuatan jahat. Di SPRM, corruption membawa maksud rasuah.
Dalam konteks Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, rasuah membawa maksud secara rasuah memberi atau menawarkan, menerima atau meminta atau setuju untuk menerima ganjaran/faedah secara langsung atau tidak langsung.
Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dengan jelas menyatakan bahawa:
Bahagian IV – Kesalahan dan Penalti
Kesalahan menerima suapan
Seksyen 16 – Mana-mana orang yang sendiri atau melalui bersama dengan mana-mana orang lain –
(a)secara rasuah meminta atau menerima atau bersetuju untuk menerima bagi dirinya atau bagi mana-mana orang lain; atau
(b)secara rasuah memberikan, menjanjikan atau menawarkan kepada mana-mana orang sama ada bagi faedah orang itu atau bagi faedah orang lain’
Apa-apa suapan sebagai dorongan untuk atau upah bagi, atau selainnya oleh sebab –
(A) mana-mana orang melakukan atau tidak melakukan apa-apa jua berkenaan dengan apa-apa perkara atau transaksi, sama ada yang sebenar atau yang dicadangkan atau yang mungkin berlaku; atau
(B) mana-mana pegawai sesuatu badan awam melakukan atau tidak melakukan apa-apa jua berkenaan dengan apa-apa perkara atau transaksi, sama ada yang sebenar atau yang dicadangkan atau yang mungkin berlaku, yang dengannya badan awam itu terlibat,
melakukan suatu kesalahan.
SPRM, bagaimanapun dengan jelas menyatakan mengenai tindakan MEMUJUKRAYU, MEMBERI, MENERIMA ATAU MEMPEROLEH SUAPAN, samada secara langsung atau tidak langusng, kepada/daripada orang yang mempunyai kuasa samada dalam bentuk wang, perkhidmatan atau benda berharga sebagai dorongan atau ganjaran orang itu melakukan atau tidak melakukan apa-apa tindakan yang berkaitan dengan kepentingan prinsipal orang itu; sebagai satu perbuatan rasuah.
Secara faktanya, tindakan MERASUAH, PENIPUAN, SALAHGUNA KUASA & PENGUBAHAN WANG HARAM adalah semuanya perbuatan rasuah.
SUAPAN
Suapan boleh datang dalam pelbagai bentuk samada dalam bentuk wang, hadiah, pinjaman, fi, alang, cagaran berharga, harta atau kepentingan mengenai harta, iaitu apa-apa jenis harta , sama ada alih atau tak alih, faedah kewangan, atau apa-apa manfaat yang seumpama seperti yang dinyatakan dalam Bahagian 1 – Permulaan, Seksyen 3, Tafsiran Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
ADAKAH PEMBERIAN ADALAH RASUAH?
Ini adalah pemberian untuk keluarga dan rakan rakan sempena sesuatu majlis dan diharap mereka gembira menerimanya. Malangnya, ia juga mudah menjadi sebagai satu suapan bagi memuaskan sesuatu pihak sebagai ganti untuk sesuatu keuntungan peribadi. Walaupun keuntungan peribadi itu adalah bagi pihak syarikat atau mana-mana entiti lain.
Di bawah ini ada beberapa contoh:
- Hadiah perkahwinan
- Wang perayaan (ang pao)
- Hamper
- Tambang kapal terbang percuma
- Membiayai fi untuk kolej
- Ahli kelab golf
- Layanan baik (tiket opera , tiket Formula 1 )
- Keraian (karaoke, makan malam yang mahal, urut)
- Bayaran balik penjagaan kesihatan
- Diskaun, ubahsuai rumah
- Perbelanjaan yang dibayar (baiki kereta, sistem stereo, alat-alat)
- Wang pelicin (facilitation payment, komisyen)
- Festival money packets (ang pao)
Senarai ini panjang. Ini adalah contoh-contoh bentuk suapan dengan niat rasuah.
KES RASUAH SEBAGAI CONTOH
Encik A beri sebuah jam tangan mahal bernilai RM1,800 kepada Encik B untuk memudahkan kelulusan bagi satu projek pembinaan untuk syarikat Encik A. Encik A adalah seorang kontraktor manakala Encik B adalah seorang kakitangan kerajaan di jabatan yang menganugerahkan kontrak tersebut.
Rasuah dikatakan telah berlaku apabila orang itu (Encik A) menawarkan atau memberikan wang atau suapan kepada orang lain (Encik B) sebagai satu dorongan atau upah untuk orang itu (Encik B) atau orang lain (Encik C) melakukan atau tidak melakukan apa-apa perbuatan berhubungan dengan hal ehwal prinsipalnya. Dalam kes seperti ini, semua orang yang terlibat (Encik A, B, C) adalah pesalah (culprits) atau orang yang melakukan kesalahan (offenders) dan adalah bersalah kerana melakukan kesalahan rasuah.
Berdasarkan kepada Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, terdapat empat kesalahan utama:
- Memujuk rayu atau menerima suapan
- Janji memberikan atau menawarkan suapan
- Memberi atau menggunakan tuntutan palsu
- Salah guna kuasa atau kedudukkan oleh pegawai
Ini adalah beberapa keadaan di mana setiap dari empat kesalahan itu boleh dilakukan:
KES 1: MEMUJUK RAYU ATAU MENERIMA SUAPAN
Mana-mana orang atau ejen yang memujuk rayu atau menerima suapan sebagai satu dorongan atau upah untuk melakukan atau tidak melakukan apa-apa perbuatan yang berhubungan dengan prinsipalnya melakukan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
Seorang ketua majlis tempatan telah memujuk rayu dan menerima rasuah sebanyak RM385,000 dalam bentuk wang tunai dan satu set golf bernilai RM2,500 dari seorang kontraktor kerana menjanjikan kontraktor itu sokongan untuk meluluskan dan memudahkan projek pembangunan rumah seluas 10 ekar. Beliau didapati bersalah kerana memujuk rayu dan menerima suapan dan telah dihukum satu tahun penjara dan denda sebanyak RM1.945 million.
KES 2: MEMBERI ATAU MENGGUNA TUNTUTAN PALSU
Mana-mana orang atau ejen dengan niat untuk memperdayakan prinsipalnya dengan dokumen yang mengandungi butiran matan yang palsu atau silap atau tidak lengkap melakukan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Raasuah Malaysia 2009.
Seorang kontraktor dituduh kerana membuat tuntutan palsu untuk membekalkan perabot kepada jabatan kerajaan. Beliau telah dibayar sepenuhnya berdasarkan kepada invois yang beliau kemukakan di mana beliau menuntut telah membekalkan kesemua perabot tersebut. Beliau sebenarnya tidak membekalkan kesemua perabot itu.
KES 3: JANJI, MEMBERIKAN ATAU MENAWARKAN SUAPAN
Mana-mana orang memberi/menawar suapan kepada mana-mana pegawai badan awam sebagai dorongan atau upah bagi melakukan atau tidak melakukan apa-apa perbuatan berhubungan dengan hal ehwal prinsipal ejen/pegawai itu melakukan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
Seorang kontraktor memberi suapan sebanyak RM1,500 kepada Pegawai Pengurus Perhutanan dengan niat untuk mempercepatkan permohonan permitnya itu. Beliau didapati bersalah kerana melakukan kesalahan tersebut. Beliau telah dihukum lapan bulan penjara dan denda sebanyak RM25,000.
Dalam kes-kes seperti ini, adakalanya ini adalah satu bentuk rasuah secara bersistem, yang mana ahli perniagaan percaya bahawa bayaran kepada pegawai kerajaan adalah satu amalan biasa. Atau bayaran diminta dari ahli perniagaan itu, contohnya beliau tidak akan dapat kontrak itu atau memenangi tender itu, jika beliau tidak buat bayaran rasuah itu.
KES 4: SALAH GUNA JAWATAN ATAU KEDUDUKKAN OLEH PEGAWAI
Mana-mana pegawai badan awam yang menggunakan jawatan dalam membuat keputusan atau mengambil bahagian dalam apa-apa tindakan dengan apa-apa perkara mengenainya, saudara atau sekutunya mempunyai kepentingan.
Seorang pegawai tinggi kerajaan menggunakan pengaruhnya sebagai Timbalan Pengarah Jabatan untuk memberikan MT Resources dua projek yang melibatkan pembekalan barang souvenir berjumlah RM18,000 dan RM40,000. Ia jelas adalah satu perbuatan salah guna jawatan atau kedudukkan oleh pegawai oleh kerana suaminya memiliki syarikat tersebut. Beliau kemudiannya telah dituduh pada bulan Mei 2008 di mahkamah Kuala Lumpur.
Di bawah Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, Bahagian IV Kesalahan dan Penalti, Seksyen 24(1), mana-mana orang yang melakukan kesalahan di bawah Seksyen 16, 17, 20, 21, 22 dan 23 apabila disabit boleh –
(a) Dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun;
(b) Didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan jika suapan itu dapat dinilai atau berbentuk wang atau sepuluh ribu ringgit, mengikut mana yang lebih tinggi.