Blog

8 Cara Turunkan Berat Badan Yang Kekal

By Jack

October 20, 2020

Cara Turunkan Berat Badan

8 Cara Turunkan Berat Badan Yang Kekal

Saya memasang tekad untuk tetap kurus apabila sudah tua nanti. Walaupun, saya sendiri rasa mengarut dengan cita-cita saya ini, saya tetap ingin mencuba untuk menanam tabiat itu dari sekarang.

Saya tahu ada ubat atau makanan tambahan yang boleh menurunkan berat badan dengan cepat, tapi saya memilih cara ini kerana saya tidak dapat konsisten untuk membeli bahan-bahan itu.

Jadi, saya pun mencari-cari cara yang paling mudah, murah dan tidak memerlukan masa yang panjang untuk dilaksanakan setiap hari. Setelah lama belajar tabiat-tabiat orang yang berbadan berat.

Saya akhirnya menyusun sendiri cara turunkan berat badan secara semula jadi iaitu dengan memperbaiki tabiat harian saya. Cara yang saya gunakan ini tidak bertindak dengan pantas, tapi ia benar-benar menurunkan berat badan saya secara perlahan-lahan.

Untuk pengetahuan kau, cara turunkan berat badan ini bukan saja dapat melatih fizikal kau, tapi dapat melatih mental kau ke tahap yang lebih baik dari sebelumnya.

Selain itu, cara saya ini juga tidak akan membuatkan kau mendapat otot yang berketul-ketul seperti badan ahli bina badan. Cara ini hanya untuk membakar lemak yang ada dalam badan kau sambil membina tabiat yang sihat seumur hidup.

Baca juga 7 Kebaikan Vitamin C Untuk Kesihatan Kita

Bagaimanakah Cara Turunkan Berat Badan?

Disini saya ingin mengongsikan 8 cara turunkan berat badan yang kekal. Mari saya tunjukkan cara saya untuk menurunkan berat supaya kekal macam saya.

 

 1. Ketahui Indeks Jisim Tubuh (BMI)

Indeks Jisim Badan (BMI) adalah formula untuk menilai berat badan yang berkait rapat dengan ketinggian seseorang individu.

Dengan mengetahui BMI, saya boleh mengetahui berapa berat badan yang sesuai dengan ketinggian saya.

Ini sangat penting bagi saya kerana, saya tidak mahu bersenam ataupun mengangkat beban yang melebihi berat badan saya. Sebelum kau berusaha menurunkan berat badan kau, kenali dahulu keadaan diri kau.

Kau mesti tahu berapa ketinggian dan berapa berat badan kau. Gunakan kalkulator BMI ini untuk mengira BMI kau. Inilah langkah pertama cara turunkan berat badan yang dicadangkan.

 2. Mendapatkan Tidur Yang Cukup

 

The amount of human sleep contributes to the maintenance of fat-free body mass at times of decreased energy intake. Lack of sufficient sleep may compromise the efficacy of typical dietary interventions for weight loss and related metabolic risk reduction. – PubMed Central

Cara turunkan berat badan yang kedua ialah mendapatkan Tidur yang cukup. Apabila kita cukup tidur, ada 2 perubahan yang berlaku dalam tubuh kita. Yang pertama, kadar Ghrelin akan menurun. Ghrelin mengawal selera makan dan rasa lapar kita.

Yang kedua, kadar Leptin akan meningkat. Leptin pula mengawal kenyang dan memberi isyarat untuk berhenti makan.

Kesannya ialah kita akan lambat lapar dan  cepat kenyang. Dapatkanlah tidur yang cukup sekurang-kurangnya 8 jam sehari. Ini kerana tidur dapat mengawal selera makan kita.

 

Baca juga : 7 Cara Mudah untuk Dapat Cukup Tidur

 

3. Mengemas Tempat Tidur Setiap Pagi

Saya menyukai tempat tidur saya. Selepas bangun pagi, saya akan mengemas tempat tidur saya supaya saya akan bersemangat untuk tidur semula pada malam nanti. Setelah siap mengemas, saya merasa senang melihat tempat tidur yang kemas.

Saya fikir ini memberikan saya satu permulaan hari yang positif dan produktif, kerana saya sudah menyelesaikan satu tugas mudah iaitu mengemas tempat tidur. Cara turunkan berat badan yang ketiga ialah mengemas tempat tidur. Kemudian, saya akan…

 

 4. Melakukan regangan ringkas pagi

 

Stretching is the perfect type of exercise to begin with. If you have ambitious weight loss goals, simply doing 10 to 20 minutes of stretching per day can help you burn a significant number of calories. – Getthintampa

Selepas mengemas tempat tidur. Saya juga akan melakukan berberapa regangan ringan untuk memastikan otot-otot saya meregang hingga dapat memecahkan lemak-lemak yang ada dalam badan saya.

Regangan ringkas ini, jika terus diamalkan dalam jangka masa yang lama akan memberikan anda fizikal yang menarik seperti saya. Regangan RINGAN ini boleh dilaksanakan dalam 1 minit;  10 saat kepala, 10 saat bahu, 10 saat tangan, 10 saat pinggang, 10 saat paha dan 10 saat kaki.

Ini tidak akan menyebabkan kau lewat untuk pergi ke pejabat. Jadi, lakukanlah regangan ringan ini setiap hari. Lakukanlah secara konsisten, supaya berat badan kau juga dapat turun secara konsisten.

Ingat ya, cara turunkan berat badan yang keempat ini tidak mengambil masa yang lama. Sekejap saja, jadi lakukannya setiap hari.

5. Minum Air Kosong

 

Water can be really helpful for weight loss. It is 100% calorie-free, helps you burn more calories and may even suppress your appetite if consumed before meals. – Healthline

Saya yakin yang air kosong dapat memecahkan lemak-lemak yang ada dalam badan saya. Biasanya saya akan minum 1 liter air pada sebelah pagi iaitu antara 6 pagi hingga 11 pagi. Selain itu, air juga menyebabkan saya selalu ke tandas untuk kencing.

Dalam proses ini, saya yakin akan ada lemak-lemak yang terbakar kerana saya perlu berjalan cepat  ulang-alik ke tandas. Itulah yang akan berlaku apabila kau banyak minum air kosong.

 

 6. Mengelakkan Tidur Siang

Saya tidak akan tidur terlalu lama pada waktu siang kerana saya sentiasa mahu berkerja untuk mengejar impian saya. Saya akan mengunakan siang saya dengan berkerja supaya saya boleh tidur dengan nyenyak pada waktu malam.

Selalunya, saya hanya akan mengambil 10 minit untuk melelapkan mata, merehatkan fikiran dan fizikal sebelum menyambung semula kerja saya. Walaupun hanya 10 minit, saya merasa cukup tenaga untuk terus berkerja sebelum saya melakukan rutin senaman petang saya.

 

 7. Melakukan senaman petang

 

If so, you’re in luck – because exercising in the evening may actually be better for weight loss than morning workouts. – The Sun

Saya akan meluangkan masa sekurang-kurangnya 10-20 minit setiap hari untuk melakukan senaman yang saya suka. Saya melakukan ini bagi memastikan saya penat pada malam hari sehingga saya boleh tidur dengan lena. Selain itu, senaman juga dapat membakar lemak-lemak yang ada dalam badan saya.

Ditambah lagi dengan pelbagai aktiviti yang saya lakukan pada sebelah pagi dan tengah hari, saya yakin lemak-lemak dalam badan saya juga sedang dibakar. Buktinya ialah selepas melakukan senaman petang, saya merasa lapar.

 

 8. Menggunakan Teknik Imaginasi

 

Thinking about food sparks cravings, but imagining eating it helps your diet. – ABC News

Teknik ini saya khususkan kepada yang rajin makan tapi kurang bersenam. Terutama yang suka makan antara pukul 10 -12 malam, walaupun sudah makan pada pukul 6-8 malam.

Cara turunkan berat badan seperti ini mungkin kelihatan tidak memberikan impak yang besar. Tapi, Ia mudah untuk dilakukan dan dapat menyempurnakan 7 cara turunkan berat badan yang saya kongsikan di atas.

Kau bayangkan diri kau berjalan dengan berat badan yang ideal (usaha ini juga dapat membakar lemak dalam badan, kerana kau menggunakan tenaga untuk berfikir.)

Yang paling penting lagi ialah aktiviti ini membantu kau mengantuk dengan cepat. Kau perlu tidur secukupnya supaya kau sentiasa aktif dan tidak memberikan peluang kepada lemak untuk berkumpul dalam badan kau.

Jadi, biarkan imaginasi dan fikiran positif mengakhiri hari kau. Selamat Malam.

 

Kesimpulan

Menurunkan berat menjadi semakin mudah apabila kau sudah terbiasa untuk bergerak aktif. Kau boleh mula bergerak aktif dengan melakukan 8 cara turunkan berat badan yang saya tunjukkan diatas. Saya harap cara mudah ini dapat membantu kau menurunkan berat badan dalam masa 1 bulan.

Amalan ini mungkin kelihatan ringkas dan mudah. Tapi, jika dilakukan setiap hari, ia pasti dapat membantu kau menurunkan berat badan seperti yang diidam-idamkan. Saya yakin dengan cara ini kerana saya juga mengamalkan rutin yang sama.

Lakukanlah setiap hari secara semula jadi, supaya berat badan kau juga dapat turun secara semula jadi.

 

Penulis Jemputan : https://www.santrosondy.com