Blog

5 Perkara Yang Boleh Meningkatkan Pendapatan Affiliate

By Jack

October 15, 2019

5 Perkara Yang Boleh Meningkatkan Pendapatan Affiliate

 

5 perkara yang boleh meningkatkan

pendapatan affiliate.

Berita baik untuk anda sebagai affiliate adalah, seorang affiliate pasti boleh menjana pendapatan menerusi affiliate. Berita buruk untuk anda sebagai affiliate pula adalah, seorang affiliate sangat sukar untuk menjana ribuan ringgit menerusi pemasaran affiliate. Semua orang tahu bagaimana hendak jadi jutawan, tetapi tidak semua orang berani menjadi jutawan.

Sebagai seorang affiliate, anda tidak boleh berputus asa kerana untuk menjadi seorang super affiliate anda perlu bekerja keras dan tiada jalan singkat untuk memperolehnya. Untuk membantu anda merancang strategi menjadi seorang super affiliate, saya senaraikan lima rahsia untuk meningkatkan pendapatan affiliate dalam sekelip mata.

Memilih niche yang menguntungkan diri anda.

Kebanyakan dari affiliate kecundang di sebabkan mereka tidak memilih niche yang betul. Ada dua situasi di sini, sama ada mereka memilih niche yang kurang sambutan ataupun mereka memilih niche yang langsung mereka tidak minat. Langkah pertama dalam pemilihan niche adalah memilih niche yang menguntungkan, kemudian memilih niche yang mereka tahu atau minat.

Senaraikan lima niche yang anda rasa menguntungkan iaitu terdapat banyak ruang untuk anda ceburi. Kemudian dari lima niche pilih dua niche yang anda rasa anda tahu dan mempunyai minat di dalamnya.

Pastikan blog dan website anda mesra dengan

engin carian.

SEO adalah highway dalam perniagaan internet. Ini kerana setiap hari beratus juta manusia menggunakan engin carian untuk mencari sesuatu. Adalah penting untuk anda memastikan blog atau website anda berada dalam kedudukan yang baik pada enjin carian. Dengan ini, anda boleh mengharapkan lebih ramai pelanggan akan tertarik dengan tawaran anda.

Pastikan website anda adalah mesra

pengguna.

Mudahkan pengguna untuk membaca kandungan di dalam website anda. Pastikan font yang di gunakan adalah menarik dan tepat. Pastikan juga warna di dalam website anda tidak mengganggu pengguna dari membaca isi kandungan

website anda. Wujudkan juga ruangan support untuk mereka bertanyakan soalan jika mereka mempunyai persoalan. Gunakan penjelasan yang ringkas tetapi lengkap.

Selalu update teknik pemasaran anda.

Jika dahulu, internet marketer mengutamakan sistem article marketing untuk memasarkan produk mereka, sekarang internet marketer mengutamakan pemasaran di laman sosial bagi mempromosikan produk mereka. Anda perlu sentiasa mengikuti perkembangan semasa supaya anda tidak ketinggalan dengan arus semasa.

Pelbagaikan teknik pemasaran anda. Antara teknik pemasaran yang wujud adalah

 Pemasaran artikel  SEO  Pemasaran laman sosial  Sosial boomarking.  Pemasaran laman video seperti youtube.  Pemasaran viral  Pemasaran pay per click

 Pengiklanan teks dan banner  Pemasaran emel  Pemasaran mobile  Dan lain – lain

Kumpul list.

Jangan lupa untuk mengumpul list prospek pelanggan anda. Jalinkan hubungan persabahatan dengan bakal pelanggan anda melalui tip-tip percuma melalui newsletter. Untuk memudahkan aktiviti pemasaran anda, anda perlu bermula mengumpul senarai emel. Tiada yang lebih mudah dalam pemasaran internet selain pemasaran emel.

Pemasaran emel memberi anda kelebihan berbanding pesaing anda. Jika anda menjaga senarai emel anda, mereka akan sayang pada anda dan ia akan memberi kelebihan pada anda bila anda mempromosi produk affiliate. Ia juga boleh membantu anda untuk memenangi cabaran affiliate.