5 Perkara Yang Boleh Meningkatkan Pendapatan Affiliate

Kongsikan Sekarang

5 Perkara Yang Boleh Meningkatkan Pendapatan Affiliate

 

5 perkara yang boleh meningkatkan

pendapatan affiliate.

Berita baik untuk anda sebagai affiliate adalah, seorang affiliate pasti boleh
menjana pendapatan menerusi affiliate. Berita buruk untuk anda sebagai affiliate
pula adalah, seorang affiliate sangat sukar untuk menjana ribuan ringgit menerusi
pemasaran affiliate. Semua orang tahu bagaimana hendak jadi jutawan, tetapi
tidak semua orang berani menjadi jutawan.

Sebagai seorang affiliate, anda tidak boleh berputus asa kerana untuk menjadi
seorang super affiliate anda perlu bekerja keras dan tiada jalan singkat untuk
memperolehnya. Untuk membantu anda merancang strategi menjadi seorang
super affiliate, saya senaraikan lima rahsia untuk meningkatkan pendapatan
affiliate dalam sekelip mata.

Memilih niche yang menguntungkan diri anda.

Kebanyakan dari affiliate kecundang di sebabkan mereka tidak memilih niche
yang betul. Ada dua situasi di sini, sama ada mereka memilih niche yang kurang
sambutan ataupun mereka memilih niche yang langsung mereka tidak minat.
Langkah pertama dalam pemilihan niche adalah memilih niche yang
menguntungkan, kemudian memilih niche yang mereka tahu atau minat.

Senaraikan lima niche yang anda rasa menguntungkan iaitu terdapat banyak
ruang untuk anda ceburi. Kemudian dari lima niche pilih dua niche yang anda rasa
anda tahu dan mempunyai minat di dalamnya.

Pastikan blog dan website anda mesra dengan

engin carian.

SEO adalah highway dalam perniagaan internet. Ini kerana setiap hari beratus juta
manusia menggunakan engin carian untuk mencari sesuatu. Adalah penting untuk
anda memastikan blog atau website anda berada dalam kedudukan yang baik
pada enjin carian. Dengan ini, anda boleh mengharapkan lebih ramai pelanggan
akan tertarik dengan tawaran anda.

Pastikan website anda adalah mesra

pengguna.

Mudahkan pengguna untuk membaca kandungan di dalam website anda.
Pastikan font yang di gunakan adalah menarik dan tepat. Pastikan juga warna di
dalam website anda tidak mengganggu pengguna dari membaca isi kandungan

website anda. Wujudkan juga ruangan support untuk mereka bertanyakan soalan
jika mereka mempunyai persoalan. Gunakan penjelasan yang ringkas tetapi
lengkap.

Selalu update teknik pemasaran anda.

Jika dahulu, internet marketer mengutamakan sistem article marketing untuk
memasarkan produk mereka, sekarang internet marketer mengutamakan
pemasaran di laman sosial bagi mempromosikan produk mereka. Anda perlu
sentiasa mengikuti perkembangan semasa supaya anda tidak ketinggalan dengan
arus semasa.

Pelbagaikan teknik pemasaran anda. Antara teknik pemasaran yang wujud adalah

 Pemasaran artikel
 SEO
 Pemasaran laman sosial
 Sosial boomarking.
 Pemasaran laman video seperti youtube.
 Pemasaran viral
 Pemasaran pay per click

 Pengiklanan teks dan banner
 Pemasaran emel
 Pemasaran mobile
 Dan lain – lain

Kumpul list.

Jangan lupa untuk mengumpul list prospek pelanggan anda. Jalinkan hubungan
persabahatan dengan bakal pelanggan anda melalui tip-tip percuma melalui
newsletter. Untuk memudahkan aktiviti pemasaran anda, anda perlu bermula
mengumpul senarai emel. Tiada yang lebih mudah dalam pemasaran internet
selain pemasaran emel.

Pemasaran emel memberi anda kelebihan berbanding pesaing anda. Jika anda
menjaga senarai emel anda, mereka akan sayang pada anda dan ia akan memberi
kelebihan pada anda bila anda mempromosi produk affiliate. Ia juga boleh
membantu anda untuk memenangi cabaran affiliate.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version