5 kesilapan yang perlu dielakkan dalam projek ternakan ikan tilapia
5 kesilapan yang perlu dielakkan dalam projek ternakan ikan tilapia
Inilah Antara 5 Kesilapan Yang Perlu Anda Elakkan Bagi Memastikan Projek Penternakan Anda Lebih Berjaya & Memberikan Keuntungan Lumayan!
Semakin hari, semakin ramai orang terutamanya golongan muda berlumba-lumba untuk memulakan projek ternakan ikan tilapia mereka sendiri kerana projek ini sangat berpotensi memberikan keuntungan lumayan kepada mereka..
Dan semakin hari juga, semakin banyak berita-berita pendedahan tentang kejayaan para penternak ikan tilapia muncul seperti cendawan tumbuh selepas hujan di akhbar-akhbar, televisyen, radio mahupun di media sosial..
Jika anda benar-benar berminat untuk mulakan projek ternakan ikan Tilapia anda sendiri tetapi takut untuk mulakannya kerana bimbang projek tersebut gagal dan alami kerugian, anda sebenarnya hanya perlu banyak membaca dan mendengar sendiri pendapat dan kisah sebenar mengenai penternakan daripada orang yang lebih berpengalaman dalam bidang ini..
Ya, ia mungkin akan mendatangkan kegagalan JIKA anda tiada ilmu yang mencukupi mengenai projek ternakan ikan Tilapia ini.. Dan anda juga pasti akan mengalami kegagalan besar sekiranya anda melakukan kesilapan-kesilapan ini sewaktu memulakan projek ternakan ikan Tilapia anda sendiri ini..
Ini antara 5 kesilapan TERBESAR yang boleh merugikan projek ternakan ikan Tilapia anda jika anda melakukannya..
#1 – Tidak Mengambil Tahu Cara TERBAIK Untuk Menternak Ikan Tilapia
Jika anda tidak ambil tahu cara sebenar untuk ternak ikan tilapia ini, projek penternakan anda pastinya akan mengalami kegagalan besar.. Semua yang dirancangkan tidak dapat dilaksanakan, ikan tidak membesar dengan sempurna, kos semakin meningkat dan menghadapi pelbagai risiko kerugian besar..
#2 – Tidak Mempunyai Ilmu Yang Cukup Mengenai Penternakan Ikan Tilapia
Sangat penting untuk anda mempunyai ilmu yang mendalam mengenai penternakan ikan tilapia sebelum memulakan projek penternakan anda.. Tanpa ilmu yang mendalam, projek anda pasti akan terbengkalai, jumlah ikan-ikan ternakan semakin berkurang akibat kematian dan kos-kos penyelenggaraan juga menjadi semakin meningkat..
#3 – Terlalu Mendengar Kata-Kata & Nasihat Orang Lain
Antara sebab sebenar kerugian sesebuah projek ternakan itu adalah berpunca daripada sikap anda sendiri yang mudah percaya kepada kata-kata manis orang lain sehingga menyebabkan anda ditipu & alami kerugian.. Untuk pastikan projek ternakan anda berjaya, nasihat yang anda perlukan hanyalah nasihat daripada para penternak yang berpengalaman & boleh dipercayai..
#4 – Terburu-Buru Melabur Dalam Projek Ternakan Ikan Tilapia
Setiap projek penternakan mempunyai risiko yang tersendiri termasuklah projek ternakan ikan tilapia ini.. Risiko anda kehilangan modal dan mengalami kerugian adalah sangat tinggi jika anda tiada ilmu serta tidak melakukan sebarang kajian mendalam mengenai penternakan ikan tilapia yang berkesan sebelum mula melabur..
#5 – Terlalu Mempercayai Para Pekerja
Hubungan yang rapat dengan para pekerja itu bagus untuk memastikan setiap urusan mampu dijalankan dengan baik.. Tapi anda perlu juga mengawasi mereka dari semasa ke semasa untuk elakkan sebarang kecurian atau kehilangan barangan serta ternakan kolam anda.. Pilih mereka yang benar-benar jujur dan sentiasa berwaspada dengan setiap tingkah laku mereka..
Untuk memastikan projek ternakan ikan Tilapia anda benar-benar mampu berjaya, anda perlulah mendalami ilmu berkenaan dengan projek ternakan ikan tilapia ini daripada para penternak berpengalaman untuk memastikan projek anda mampu dilaksanakan dengan baik dan berjalan lebih lancar sehingga mampu mendapatkan hasil yang anda mahukan..
“Di mana tempat TERBAIK untuk belajar ilmu Ternakan Ikan Tilapia ini?”
Ramai orang cakap, untuk belajar cara memulakan projek ternakan ikan Tilapia yang berjaya, anda perlu habiskan masa berbulan-bulan untuk hadiri kursus demi kursus sama ada kursus yang dianjurkan oleh agensi kerajaan ataupun penternak persendirian.. Ini dapat membantu anda lebih memahami cara sebenar projek ternakan ini dilaksanakan..
Tapi jika anda mahukan “shortcut” yang mampu menjimatkan masa anda bagi mempelajari sendiri cara untuk mulakan projek ternakan ikan tilapia dengan lancar, mungkin perkongsian ilmu daripada seorang penternak ikan tilapia berjaya di Negeri Sembilan yang bernama Encik Zhafran ini pasti dapat membantu anda..
Dengan modal hanya RM20,000 pada tahun 2009, beliau telah memulakan projek ternakan ikan Tilapia ini dengan jayanya bermula dengan membela 15,000 ekor anak ikan sehingga berjaya pada hari ini.. Beliau telah berkongsi pengalamannya memulakan serta menguruskan projek ternakan ikan tilapia dalam sebuah ebook yang bertajuk “Panduan Ternak Ikan Tilapia”
Ebook ini membongkarkan cara bagaimana anda boleh memulakan sendiri projek ternakan ikan tilapia dengan lancar daripada kosong sampai berjaya.. Ebook ini pasti mampu menjimatkan masa anda untuk pelajari cara sebenar memulakan projek penternakan anda sendiri SERTA mampu mengurangkan kerugian atau risiko sepanjang projek ternakan anda berjalan..
Antara ilmu yang bakal anda pelajari daripada ebook ini ialah:
– Potensi SEBENAR projek penternakan ikan Tilapia
– Jenis-jenis Ikan Tilapia dan cara penjagaan yang SESUAI
– 4 jenis kolam ikan tilapia berserta kelengkapan PENTING serta cara pembinaannya
– Cara TERBAIK memilih benih ikan tilapia yang menguntungkan projek ternakan anda
– Jenis-jenis makanan ikan beserta kaedah pemberian makanan yang BETUL
– Cara TERBAIK menghasilkan makanan ikan Tilapia sendiri
– Jenis-jenis Penyakit Ikan SERTA Cara Rawatannya
– Cara TERBAIK untuk menjual ikan Tilapia anda
– Kesilapan KRONIK serta Risiko Penternakan Ikan yang perlu anda elakkan
– Rujukan lengkap organisasi yang mampu membantu projek berjalan lebih lancar
– Dan banyak lagi ilmu berkenaan dengan penternakan Ikan Tilapia ini!
Jika anda betul-betul serius untuk berjaya dalam projek ternakan ikan Tilapia ini, anda wajib mempunyai ilmu sebenar yang dikongsikan daripada penternak berpengalaman dan bukannya hanya belajar sekadar teori kosong semata.. Ebook ini merupakan shortcut terbaik untuk anda memulakan projek ternakan ikan Tilapia anda dengan lebih berjaya!
Impian anda untuk menjadi seorang penternak ikan Tilapia yang berjaya dan memperoleh keuntungan lumayan hasil daripada projek ternakan anda pasti mampu dilaksanakan jika anda mengikuti segala ilmu yang didedahkan dalam ebook ini.. Inilah peluang terbaik anda untuk mulakan projek penternakan anda dengan langkah kanan yang bakal menguntungkan anda..
Jom pelajari cara sebenar memulakan projek ternakan ikan Tilapia yang berjaya di:- Projek Ternakan Ikan Talapia