4 Cara Hilangkan Batuk Berkahak

By Jack

December 27, 2019

4 Cara Hilangkan Batuk Berkahak

Cara Hilangkan Batuk Berkahak

Terdapat beberapa petua yang boleh digunakan bagi semua peringkat umur termasuklah bayi untuk menghilangkan atau mencairkan kahak seperti:

1) Udara lembap Melembapkan udara di sekitar anda dapat membantu untuk mencairkan kahak. Anda mungkin pernah mendengar bahawa rawatan stim boleh mencairkann kahak. Selain dari stim, anda boleh menggunakan ‘humidifier’ atau pelembap udara . Anda boleh memakai ‘humidifier’ dengan selamat sepanjang hari. Anda hanya perlu memastikan bahawa air ditukar setiap hari dan bersihkan ‘humidifier’ anda mengikut arahan pengeluar produk.

2) Kekalkan tahap hidrasi Minum air secukupnya, terutamanya air suam. Ia boleh membantu mencairkan kahak. Cubalah minum jus atau makan sup ayam. Pilihan air yang baik termasuklah teh tanpa kafein dan jus buah suam atau air lemon.

3) Ambil bahan yang membantu memulihkan sistem pernafasan Cuba ambil makanan dan minuman yang mengandungi limau, halia, dan bawang putih. Terdapat beberapa bukti saintifik bahawa makanan dan suplemen berikut boleh menghalang atau merawat masalah pernafasan akibat jangkitan virus: akar licorice ginseng beri Echinacea delima teh jambu zat besi

4) Berkumur dengan air garam Ia boleh membantu mencairkan kahak yang melekat pada belakang tekak. Ia juga boleh membunuh kuman dan melegakan sakit tekak Hirup sedikit campuran garam dan air kemudian condongkan kepala sedikit ke belakang.

Apakah ubatan yang efektif Terdapat juga beberapa ubat-ubatan yang boleh anda gunakan, seperti:

A) Dekongestan Mengurangkan lendir yang mengalir dari hidung anda. Lendir ini bukannya kahak, tetapi ia boleh menyebabkan kesesakan dada. Dekongestan berfungsi dengan mengurangkan bengkak pada hidung dan membuka saluran udara anda. Anda boleh dapatkan dekongestan oral dalam bentuk:

tablet atau kapsul cecair atau syrup serbuk berperisa semburan hidung dekongestan B) Expectorant Anda boleh mencuba produk seperti guaifenesin (Mucinex) yang mencairkan kahak dan jenis ubat ini dipanggil ‘expectorant’, yang bermaksud ia membantu untuk mengeluarkan kahak dengan menipiskan dan melonggarkannya. Terdapat versi kanak-kanak untuk yang berusia 4 tahun ke atas.

C) Ubat sapuan Ubat sapuan, seperti Vicks VapoRub, mengandungi minyak kayu putih untuk mengurangkan batuk dan berpotensi menghilangkan mukus. Anda boleh menggosoknya pada dada dan leher tiga kali sehari.

Jika terdapat apa-apa kemusykilan, sila dapatkan nasihat doktor di klinik atau hospital.

 

Baca Juga : 6 Cara Hilangkan Rasa Mengantuk

Baca Penuh di sini