10 Tips Rahsia Lulus Temuduga

Kongsikan Sekarang

10 Tips Rahsia Lulus Temuduga

Terima Kasih kerana sudi berkunjung di perkongsian tentang Tips Rahsia Lulus Temuduga ini.

Okeh.

Memandangkan bahawa adik aku lepas plak ujian SPA yang dia ambil untuk jawatan PEMBANTU PENGUATKUASA KP19 beberapa minggu lepas, jadi dia ada tanya plak kat aku sebab aku sendiri yang dok motivasi dia agar “TRY” masuk kerja aliran kerajaan ni.
Maklumlah, dalam adik beradik aku sekarang, aku seorang aje yang kerja dengan kerajaan. Jadi, kalau boleh memang aku nak gak adik aku jadi geng aku. Bukan aku tak suka dia kerja swasta. Tapi dia susah nak dapat cuti. Kerja pun tak tentu masa. Jadi, kalau dia dapat kerja kerajaan ni, aku rasa bab cuti ni kira okeh la sikit berbanding kerja swasta nih. Sekurang-kurangnya..BANYAK sikit bab cuti nih. Kena lagi..ada pencen. Kira oklah tu kan? Dan kalau nak kira, banyak sebenarnya “FAEDAH” kerja kerajaan nih. Nak buat pinjaman pun agak “senang” sikit. Hoho..
Apapun, aku kongsikan sikit tips ni. Tak kisahlah korang terlibat dengan temuduga kerja kerajaan ke, temuduga pembantu penguasa Kp19  nanti. Semua temuduga “LEBIH KURANG” sahaja.
Asas temuduga ni, lebih kurang sahaja.

Cuma yang lebihnya..pepandailah korang goreng. Haha..

10 Tips Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan dan SPA

1. Persiapkan diri dengan bahan bacaan yang berkaitan dengan temuduga.
Tak kiralah temuduga untuk kerja kerajaan atau sektor swasta mahupun temuduga untuk pembantu makmal sains sekalipun, korang kena kaji dan buat sedikit kerja rumah. Nanti senang sikit nak menjawab semasa sesi temuduga. Benda-benda asas seperti rukun negara, Dasar Pendidikan Negara, nama-nama menteri. Itu semua kena tahu dan kena hafal. Bab-bab sejarah dan perkembangan isu semasa, kena ambil tahu. Tidaklah nanti hanya jawab, saya tak tahu aje. Senang cakap, isu popular dari tahun 2013-2014 nih..kena tahu. Lebih-lebih lagi  ttg Jawatan penguatkuasa seperti JPJ dan KPDNKK..wajib la tahu pasal TU. Kalau tak..memang nganga la
 
  2. KEMAS
Pakaian ketika temuduga pun kena bagus. Janganlah selekeh sangat. Kalau kerja kerajaan, pakailah tali leher. Rambut biar kemas. Panjang tak apa. Janji disisir rapi. Janganlah datang temuduga buat rambut cacak-cacak atau warna tu jadi kaler merah atau biru. Kasut tu plak kena kiwi. Pakai jam tangan. Pakai minyak wangi sikit. Takdelah berbau macam tak mandi sebulan.
3. Makan sedikit sebelum temuduga.
Buah ke roti ke atau apa-apa sahaja yang sesuai untuk sarapan. Bukan apa, perut kosong tak elok untuk kesihatan dan sekaligus menganggu mood kita semasa proses temuduga. Tak ke sakit kepala dibuatnya ketika temuduga perut kita memulas atau tiba-tiba rasa kelaparan. Lagi-lagi kena menunggu lama sebelum kita ditemuduga. Jangan pandang rendah benda ni. Elok-elok ada peluang nak dapat kerja, tup-tup, terlepas pula.
4. Niat yang elok. 
Ini antara yang paling penting. Solat jangan tinggal. Mintak pada Allah yang kita nak kerja ni. Kita nak mencari rezeki yang halal. Niatkan elok-elok. Pasang niat kemas-kemas. Bukan sebab datang temuduga sebab mak bapak kita paksa atau nak puaskan hati orang lain. Ini penting.
Niat kena betul, PADU dan lurus.
5. Jangan terlalu banyak cakap sebelum proses temuduga.
Kena sabar dan tenangkan hati. Jangan gelabah sangat ketika proses temuduga berjalan. Jangan cakap terlalu cepat atau terlalu lambat. Sentiasa bersedia dan jawab dengan tertib. Jangan juga bercerita terlalu panjang.
Jangan mengarut MACAM korang tulis dalam blog tu.
Kang bosan pula orang yang temuduga korang tu. Dia tanya soalan pendek, korang jawab berjam-jam. Hehe..
Dan jangan DIAM aje memanjang plak.
6. Datang awal.
Bangun awal dan pergi tempat temuduga awal. Ini untuk mengelakkan korang lambat sampai dan mungkin terlepas temuduga tersebut. Kena pula kena mencari tempat temuduga. Tak pasal-pasal, petang baru sampai tempat temuduga tu. Langkah awal, survey dulu tempat temuduga dan cari jalan-jalan short-cut yang boleh bantu korang cepat sampai. Tidaklah rasa macam terkejar-kerja nanti. Mesti rasa tak berapa selesa kalau korang sampai, badan dah berpeluh-peluh. Hati plak mesti tak tenteram macam menghadapi malam pertama..
7. Restu itu PENTING.
Minta restu mak abah korang. Minta diorang doakan agar korang dapat melalui proses temuduga dengan tenang dan baik. Doa mak abah ni biasanya makbul. Jangan korang mintak mak abah korang sumpah korang jadi batu sudah la.
“Kalau mak bapak dah takde, macam mana tu, bro?”
“Mintak jiran ko restukan. Tu pun boleh gak. Tak pun..imam surau kau tu pun boleh. Mintak dia doa-doakan sikit..”
8. Berserah dan tawakal.
Jangan terlalu yakin yang korang akan dapat kerja ni walaupun kita tahu keyakinan tu penting. Berserah seadanya dan yakin yang korang dah buat apa yang sewajarnya. Jangan menyesal dan menangis selepas temuduga walaupun korang tahu ada beberapa soalan mudah yang korang tak dapat jawab dengan baik. Kita dah usaha, jadi langkah terakhir, berdoa dan bertawakal.
Dan ini sangat penting. Jangan BERLAGAK. Bajet ko lagi hebat dari tukang penemuduga. Aku dah jumpa ramai orang macam ni. Semuaanya memang tak dapat jawatan tu. Keyakinan itu penting. Tapi berpada-pada. Jangan “bajet” bagus sangat.
Kekadang, hang kena gak tahu langit tu tinggi atau rendah.
9. Baca mana-mana tips temuduga
 yang boleh membantu meningkatkan keyakinan korang untuk pergi ke temuduga nanti. Boleh juga beli ebook kerja kerajaan yang disediakan oleh Saudara Jamal ni kalau korang apply kerja dengan government. Ebook ni ada tips yang baik dan beritahu cara untuk menempuh proses temuduga yang mencabar itu. Ebook yang baik dan sangat bagus untuk dimiliki terutamanya bagi mereka yang nak kerja dengan kerajaan atau yang nak jadi guru atau GSTT. Ramai yang dah berjaya selepas mempraktikkan ilmu dan tips dalam panduan temuduga kerja kerajaan tersebut. Ebook ni dah cukup banyak membantu ramai calon lulus dengan cemerlang dan ramai yang menjawat kerja kerajaan selepas mengamalkan tips-tips dari ebook ini.

Dapatkan disini –> Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

10. Selalu senyum BERTEMPAT.
Jangan buat muka bodoh atau muka macam tak puas hati aje. Banyakkan senyum. Sekurang-kurangnya, kalau tak dapat jawab. Jawablah dengan muka yang tenang dan sentiasa tersenyum. Mana tahu, dapat memikat hati tuan penemuduga.
Mungkin ini boleh jadi perangsang mereka untuk menerima korang untuk kerja yang ditawarkan.
Tapi jangan dari mula sampailah habis korang senyum TAPI sampai langsung tak jawab apa-apa soalan yang diorang tanya. Yang tu, mana-mana penemuduga pun rasa nak menyepak gigi taring korang tuh. Huh..
Dah.
Itu sahaja.

Semua yang aku tulis ini berdasarkan pengalaman aku dan kawan-kawan. Jika ada yang sesuai untuk diikut, gunakan sahaja dan buat seadanya. Tips temuduga kerajaan ini sesuai untuk semua pekerjaan. Macam yang kita semua tahu, bila kita pergi temuduga, itu bermaksud kita mahu pekerjaan tersebut. Jadi, buat betul-betul macam kita berminat dan nak kerja tersebut. Jangan

sambil lewa sahaja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version