Blog

10 Cara Hilangkan Pijar Tangan

By Jack

December 27, 2019

10 Cara Hilangkan Pijar Tangan

Cara Hilangkan Pijar Tangan ✋✋✋

Berikut Merupakan Tips Hilangkan Pijar Tangan.

1. GARAM/GULA Ambil sedikit garam atau gula, kemudian lumurkannya pada seluruh tangan. Biarkan selama lima (5) minit, kemudian bilas dengan air paip. Selain itu juga garam atau gula boleh juga dimasukkan ke dalam bekas mengandungi air suam. Kemudian rendam kedua-dua belah tangan sehingga rasa panas dan pijar itu hilang.

2. BERAS Satu lagi petua ialah memasukkan tangan yang telah dibersih ke dalam tong beras. Biarkan tangan tenggelam di dalam beras sehingga tangan tersebut berasa lega. Untuk pengetahuan suhu beras di dalam tong ini agak panas sehingga habanya meresap ke tangan. Orang zaman dulu kalau nak peram buah agar cepat masak, mereka akan masukan dalam tong beras.

3. MINYAK MASAK Lumurkan sedikit minyak masak dan gosokan pada bahagian tangan sehingga rasa panas itu hilang. Petua ini selalu diamalkan oleh orang-orang zaman dahulu.

4. HAMPAS KELAPA Ramas tangan dalam hampas kelapa sehingga rasa panas atau pijar itu hilang.

5. ASAM JAWA Rendam tangan dalam bekas berisi air asam jawa sehingga rasa panas atau pijar itu hilang.

6. SUSU PEKAT MANIS Masukkan sedikit susu pekat manis ke dalam bekas, kemudian lumur pada tangan yang panas atau pijar itu sehingga ianya beransur pulih. Susu yang sejuk dari peti ais lagi elok.

Baca juga : 6 Cara Hilangkan Rasa Mengantuk

7. HABA PANAS Hala tangan ke api dapur yang sedang menyala, biarkan haba panas itu meresap. Kemudian bersihkan tangan tersebut dengan air paip yang mengalir.

8. LOGAM Tangan yang panas atau pijar boleh juga digosokkan pada permukaan logam seperti besi sinki atau sudu. Selepas beberapa minit alirkan air ke atas tangan. Lakukan beberapa kali sehingga rasa panas atau pijar hilang.

9. AIS Masukkan ketulan ais kedalam bekas berisi air, kemudian rendam tangan beberapa kali sehingga rasa panas atau pijar hilang.

10. SARUNG TANGAN Tip yang terakhir sekali ialah menggunakan sarung tangan semasa mengasingkan tangkai cili. Apa-apa jenis sarung tangan pun boleh samada kain, getah atau plastik.